in , , ,

Gravity Rush 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Akhirnya setelah bermain Gravity Rush 2 selama 40 jam, saya berpeluang untuk membuat review untuk anda semua!

Gravity Rush 2 merupakan game eksklusif PS4 yang baru sahaja diterbitkan pada 20 Januari lalu. Game ini ialah kesinambungan daripada Gravity Rush yang diterbitkan pada tahun 2012 untuk PS Vita dan diperbaharui untuk PS4 pada tahun 2016.

Kat berehat bersama Dusty di Jirga Para Lhao.

Sebelum itu, Gravity Rush 2 ini pasal apa?

Jika anda belum lagi bermain Gravity Rush, anda mungkin berasa keliru kerana cerita Gravity Rush 2 banyak bersangkut paut dengan game pertama. Selain itu, video Gravity Rush: The Animation – Overture yang dikeluarkan oleh Sony bertujuan untuk menerangkan apa yang sedang berlaku di antara Gravity Rush dan Gravity Rush 2.

Kat tersadai di tempat baru selepas kejadian ‘gravity storm’ mengakibatkan Kat terpisah dengan Dusty, Raven dan Syd. Namun, Kat bertemu kembali dengan Syd dan mereka berdua dijumpai oleh sebuah komuniti bernama Banga yang hidup di bot atas udara.

Banga Settlement, sebuah komuniti bot atas udara tinggal yang mengutamakan aktiviti pelombongan

Kemudian, Kat bersama komuniti Banga berlabuh ke sebuah tempat baru, Jirga Para Lhao. Sebuah bandar yang penuh dengan pelbagai aktiviti, masyarakat dan juga konflik. Kat berdepan dengan pelbagai cabaran seperti berdepan dengan raksasa Nevi, mencari kembali Raven, menyelesaikan misteri yang menyebabkan Kat, Syd dan Raven tersadai jauh dari Hekseville dan paling penting sekali ialah siapa diri sebenar Kat?

Jadi, apa yang menyeronokkan tentang Gravity Rush 2?

Gravity Rush 2 menggabungkan karakter lama (Raven dan Syd) bersama karakter-karakter baru menarik seperti Lisa (ketua Banga) bersama anak angkatnya, Cecie, Misai (seorang pelombong no.1 di Banga), Vogo (pedagang dan ketua Sun Shipping) dan Fi (seorang bodyguard Vogo).

Lisa, Cecie, Misai, Vogo dan Fi

Untuk kali ini, Gravity Rush 2 menampilkan lebih banyak story mission dan side mission yang mengambil masa lebih daripada 40 jam untuk diselesaikan kesemuanya (selepas habis story mode pun masih ada lagi side mission)! Saya secara jujurnya mahu membuat story mission sahaja tetapi rasa tidak lengkap tanpa buat side mission kerana pelbagai faedah anda dapat membuat side mission seperti kenaikan level, dapat kostum, gesture baru, talisman, photo item dan barang hiasan rumah Kat.

Gesture ialah tambahan baru dalam Gravity Rush 2 dan setiap gesture yang Kat buat mendapat interaksi terhadap AI dalam game seperti dalam video ini (saya suka sangat reaksi orang dalam game ini).

Selain itu, photo mode Gravity Rush 2 juga agak menyeronokkan. Photo mode dalam game ini bukan sahaja untuk seronok-seronok tangkap gambar tetapi photo mode juga ada tujuan penting dalam membuat story mission dan side mission seperti menangkap gambar untuk bukti, pengintipan dan pelbagai tujuan lagi.

Terdapat juga banyak aktiviti disediakan untuk online multiplayer dalam game ini seperti challenge yang mempunyai sistem pingat – gangsa, perak dan emas dan anda boleh bertanding dengan orang lain juga! Tapi yang paling menyeronokkan ialah treasure hunt di mana pemain mengambil gambar peti berbentuk epal yang mengandungi pelbagai ganjaran menggunakan photo mode. Selepas itu, gambar itu akan disebarkan untuk orang lain juga untuk mencari harta karun yang anda sudah jumpa itu.

Itulah peti epal yang dicari-cari

Keseronokkan photo mode bukan sahaja habis di situ sahaja malah anda boleh share gambar dan gambar anda boleh dinilai oleh pemain Gravity Rush 2 yang lain. Jika anda dapat balasan “Nice!” daripada pemain lain, anda akan dapat 1 Dusty Token dan anda boleh kumpul Dusty Token itu untuk mendapatkan kostum, gesture, photo item dan talisman.

Dari segi grafik pula, Gravity Rush 2 masih lagi mengekalkan gaya cel-shaded dan cutscene game menggunakan ala-ala panel komik. Pergerakan Kat lebih lancar dalam 60 fps dan landskap bandar seperti di Banga dan Jirga Para Lhao dalam game ini amatlah cantik.

Gaya komik yang menjadi ikon dalam game ini

Untuk sistem combat, anda masih lagi mendapat kebolehan Kat untuk mengawal graviti daripada seekor kucing yang selalu di sisi Kat bernama Dusty dan berlawan dengan menggunakan kuasa graviti. Kat juga akan mendapat pelbagai kuasa baru dan anda boleh tukar fighting style mode mengikut kesesuaian seperti Lunar Style yang membuatkan Kat lebih ringan dan lompat lebih jauh serta Jupiter Style memberikan Kat dengan attack yang lebih kuat.

Terbang terbang melihat alam~

Apa yang tak syok tentang Gravity Rush 2?

Gravity Rush 2 ini akan makin mencabar dan lebih susah semakin anda masuk lebih dalam dalam story progress dan juga side mission. Anda berdepan dengan musuh lebih kuat dan kadang-kadang susahnya sampai tak masuk akal. Anda juga perlu rajin mengumpul gem untuk tingkatkan fighting skills Kat dan melombong untuk dapatkan talisman bagus yang berada di sekeliling dunia Gravity Rush 2 yang amat besar.

Bagi orang yang senang mabuk (seperti saya), game ini mungkin tidak sesuai sangat untuk anda sebab kamera dalam game ini agak… berpusing-pusing. Kuasa Kat menukar graviti banyak menukar posisi kamera dalam game dan jika anda mahu main juga game ini, pastikan anda tukar settings untuk kamera dalam options game serta pastikan anda duduk agak jauh dari skrin TV.

Secara Kesimpulannya

Gravity Rush 2 memberikan lebih kepuasan berbanding Gravity Rush dengan menampilkan cerita yang lebih panjang, karakter baru yang mempunyai personaliti tersendiri dan Kat sentiasa berhati mulia menolong semua orang dalam Gravity Rush 2.

Di samping itu, Gravity Rush 2 menonjolkan sistem online multiplayer untuk kali pertama seperti challenge, treasure hunt dan penilaian gambar oleh pemain dari seluruh pelusuk dunia.

Gravity Rush 2 ini lagi besar dan lagi mantap daripada Gravity Rush. Jika anda sudah main game pertama, anda mesti dapatkan Gravity Rush 2!

Comel tak Kat?

BOLEH BELI or BOLEH BLAH?!

BOLEH BELI  – Game ini sesuai untuk mereka yang sukakan game yang mempunyai penceritaan luas dan menarik serta penuh dengan gaya animasi cel-shaded dan cutscenes unik. Selain itu, game ini untuk anda yang tidak kisah membuat story mission dan side mission yang agak panjang. Tidak lupa juga kepada yang sukakan Gravity Rush, anda pasti akan tertarik dengan Gravity Rush 2.

BOLEH BLAH  – Game ini tidak sesuai kepada mereka yang tidak penyabar dan main laju-laju. Tambahan pula, game ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang ada motion sickness kerana pergerakan kamera yang laju.

+ Photo mode gempak yang mempunyai pelbagai tujuan dalam game!
+ Penceritaan lebih luas dan mendalam!
+ Dunia game luas dan sangat cantik!
+ Sistem pertarungan yang versatil dan pantas!

 Side mission banyak dan berulang-ulang.
 Musuh semakin susah untuk dikalahkan.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sang-Froid-Tales of Werewolves: Game Pemburu Serigala Jadian Ini Kini Percuma di Steam!

Rainbow Six Siege: Saksikan Trailer Rasmi Operation Velvet Shell, Mira Dan Jackal Mula Beraksi