Sejak awal pagi ini, kita dikejutkan dengan laporan yang mengatakan game percuma seterusnya yang akan ditawarkan di Epic Games Store ialah game kedua paling laris dalam sejarah gaming, iaitu Grand Theft Auto V.
Terkini, kita dah boleh katakan bahawa khabar angin itu telah disahkan apabila akaun Twitter Epic Games Store telah memuatnaik terlalu awal video pengumuman pemberian GTA V secara percuma. Ia kemudiannya telah dipadam, tapi sempat dirakam oleh Lowyat.net.
Kalau buka Epic Games Store pada ketika ini (semasa artikel ini ditulis), kita akan nampak ada countdown masa untuk mengumumkan sebuah game percuma baharu. Ia semestinya sebuah game yang besar — iaitu GTA V — kerana tidak pernah sebelum ini mereka meletakkan countdown.
Mengira countdown ini, GTA V akan boleh diambil secara percuma bermula pukul 10 malam ini (14 Mei, waktu Malaysia) dan tawaran ini akan berakhir pada 21 Mei. Maka, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengambil antara game terbaik pernah dihasilkan untuk generasi ini.
[KEMASKINI]: Grand Theft Auto V sudah boleh diambil secara percuma di Epic Games Store. Masukkan ke dalam akaun dari sekarang hingga 21 Mei ini dan ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Comments
Loading…