in , , ,

Grand Theft Auto V Online Di PS3, Xbox 360 Akan Ditutup Pada Disember Ini

Siapa sangka, pelancarannya pada September 2013 untuk PS3 dan Xbox 360 akan menjadikannya sebagai salah satu game paling laris dalam sejarah. Dan era tersebut bakal berakhir tidak lama lagi.

Rockstar Games telah mengumumkan penutupan Grand Theft Auto V Online di PS3 dan Xbox 360 pada 16 Disember 2021.

Shark Cash Cards dalam GTA Online pula tidak akan dijual lagi di platform PS3 dan Xbox 360 bermula 15 September 2021.

Walau bagaimanapun, sudah tentunya, penutupan ini hanya memberikan kesan kepada komponen online dalam GTA V. Komponen story single-player di kedua-dua platform tersebut masih boleh dimainkan seperti biasa.

Alasan yang diberikan Rockstar terhadap penutupan ini adalah untuk meneruskan sokongan dan kemaskini baharu GTA Online untuk PC, PS4 dan Xbox One — dalam masa sama mempersiapkan pasukan mereka untuk pelancaran game tersebut di konsol generasi terkini, PS5 dan Xbox Series.

Berakhirnya sebuah era yang meninggalkan banyak kenangan. Apakah memori paling korang tak boleh lupakan ketika bermain GTA Online di PS3 dan Xbox 360?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Nintendo Memperlihatkan Trailer Baharu Sekuel Legend of Zelda: Breath of the Wild, Masih Rahsiakan Judul Penuhnya

Starfield Eksklusif Xbox Agar Game Lebih Kemas, Wakil Bethesda Mohon Maaf Kepada Pemain PlayStation