Bila-bila masa sahaja mampu mencecah 100 juta unit!
Sehingga 31 Mac 2018, Grand Theft Auto V telah terjual sebanyak 95 juta unit, diumumkan oleh CEO Take-Two, Strauss Zelnick dalam laporan kewangan tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac.
Ia mengambil hanya beberapa minggu sahaja untuk menjual 5 juta unit, yang mana pada Februari lalu, mereka mendedahkan yang 90 juta unit telahpun terjual.
Penjualan yang meningkat naik secara mendadak ini pastinya sedikit sebanyak disebabkan oleh pelancaran Premium Online Edition.
Melepasi jualan 100 juta unit semestinya tidak dapat dielakkan lagi untuk game yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2013 ini. Persoalannya sekarang, berapa singkatkah masa yang akan diambil untuk mencapainya?
Sumber: DualShockers
Comments
Loading…