Ketika ini, Grand Theft Auto V boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series menggunakan versi generasi PS4/Xbox One melalui fungsi backward compatibility.
Hujung tahun ini, versi sebenar konsol generasi terkini akan dilancarkan untuk PS5 dan Xbox Series, atau secara tepatnya pada 11 November 2021.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Rockstar Games, versi yang diperluas dan ditambahbaik itu akan membawakan “beberapa ciri baharu dan banyak lagi”.
Rockstar sekali lagi mengingatkan tentang sebuah game GTA Online berasingan (standalone) akan dilancarkan ke PS5 dan Xbox Series. Dalam kata lain, bagi mereka yang ingin bermain GTA Online, tetapi tidak mahu membeli bahagian single-player story GTA V, pemain boleh dapatkan GTA Online sahaja secara berasingan.
Tambahan, khas di PS5 sahaja, pemain akan berpeluang bermain GTA Online secara percuma dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelancaran GTA Online di platform tersebut.
Untuk pelanggan PlayStation Plus di PS4 pula, mereka akan diberikan GTA$1,000,000 dengan menebusnya di PlayStation Store pada setiap bulan sehingga pelancaran GTA Online di PS5.
Comments
Loading…