NIS America turut berkongsi trailer baru! Jom layan!

Bagi versi yang dah terjual di pasaran Jepun, ada classes yang perlu dibayar dalam bentuk DLC. Bagi versi bahasa Inggeris tak payah! Korang dapat semua free! Perkara ini disahkan sendiri oleh NIS America. Kesemua 17 character classes yang dipaparkan di dalam website mereka turut dimuatkan ke dalam full game versi bahasa Inggeris nanti!

Grand-Kingdom-005 Ada lagi! Pihak developer turut membuat keputusan untuk memuatkan 4 kempen Great Nation yang dahulunya merupakan DLC bagi versi Jepun, ke dalam full game nanti! Ini bermakna, daripada mempunyai hanya 12 bab cerita sahaja, kali ini korang akan mempunyai 48 bab cerita terus! Wooo! Terima kasih NIS America!

Grand-Kingdom-004

Dalam setiap kempen Great Nation, korang kena selaraskan diri korang ketika bermain dengan sesebuah negara, dan daripada sini, korang akan lebih memahami dan mempelajari sejarah dan motivasi negara-negara tersebut. Korang akan diperkenalkan kepada karakter-karakter baru, menemui apakah yang mengikat antara pihak pemerintah terhadap keluarga dan negara masing dan pelbagai lagi perkara mengenai setiap negara.

Grand-Kingdom-003

Di Amerika Utara (region R1), kalau korang pre-order game ini sekarang, korang akan dapat save 10% daripada harga asal, dapat satu tema eksklusif buat PS4 korang dan bakal dapat Charm Scrolls, barang in-game yang boleh korang gunakan nanti untuk re-customize unit-unit korang.

Grand-Kingdom-002

Grand Kingdom bakal release pada platform PS4 dan PS Vita pada 21 Jun 2016 di Amerika Utara dan 17 June 2016 di Eropah.

Jom Baca: Grand Kingdom: Closed Beta Sudah Keluar & Trailer Baru Release!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.