in ,

Gran Turismo 7 Umum Edisi Ulang Tahun Ke-25, Ganjaran Pra-Tempah Didedahkan

Selepas mengumumkan tarikh pelancaran Gran Turismo 7 semasa PlayStation Showcase 2021, kini Sony dan Polyphony Digital telah mengumumkan apakah edisi yang ditawarkan serta beberapa ganjaran pra-tempah.

25th Anniversary Edition (Edisi Ulang Tahun Ke-25) telah diumumkan untuk Gran Turismo 7. Edisi istimewa ini ditawarkan dalam bentuk fizikal dan digital. Berikut ialah butirannya.

25th Anniversary Edition (Fizikal)

  • Edisi terhad SteelBook case
  • PS5 Game Disc dan baucar untuk PS4 Game
  • In-Game Credits – 1,100,000 CR
  • Toyota GR Yaris dengan Livery khusus negara
  • 30 Manufacturer / Partner Avatars
  • Muzik OST rasmi Gran Turismo
  • Toyota Castrol TOM’S Supra
  • Mazda RX-VISION GT3 Concept (Stealth)
  • Porsche 917K Living Legend

25th Anniversary Digital Deluxe Edition (Digital dari PlayStation Store)

  • Dual PS4 + PS5 Entitlement (naik taraf)
  • In-Game Credits – 1,600,000 CR
  • Toyota GR Yaris dengan Livery khusus negara
  • 30 Manufacturer / Partner Avatars
  • Muzik OST rasmi Gran Turismo
  • Toyota Castrol TOM’S Supra
  • Mazda RX-VISION GT3 Concept (Stealth)
  • Porsche 917K Living Legend

Harga untuk 25th Anniversary Digital Deluxe Edition (digital dari PlayStation Store) adalah RM379. Untuk 25th Anniversary Edition (Fizikal) pula, PlayStation Asia akan mengumumkan harganya dalam masa terdekat.

Harus diingat, beberapa item di atas hanya boleh didapati sekiranya melakukan pra-tempah sebelum tarikh pelancarannya.

Selain edisi di atas, Gran Turismo 7 tentunya juga mempunyai edisi standard untuk PS4 (RM249) dan PS5 (RM299).

Sekiranya korang sudah membeli edisi standard PS4, dan ingin berpindah ke edisi standard PS5, ada add-on yang berharga RM50.

Korang boleh ketahui lebih lanjut tentang edisi-edisi dan pra-tempah Gran Turismo 7 di laman PlayStation Blog ini.

Gran Turismo 7 akan dilancarkan pada 4 Mac 2022 untuk PS5 dan PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Neil Druckmann Juga Antara Pengarah Episod Dalam Siri TV The Last of Us Terbitan HBO

Game Star Wars Oleh Quantic Dream Dilaporkan Fokus Gameplay Aksi, Multiplayer, Open-World