in , , , ,

Goten, Gohan Dewasa Dan Kid Buu Adalah 3 Karakter Baru Diumumkan Untuk Dragon Ball FighterZ

3 lagi karakter baru didedahkan!

Menerusi majalah V-Jump (laporan ShonenGames), Bandai Namco telah mendedahkan 3 lagi karakter yang boleh dimainkan dalam game fighting mereka akan datang, iaitu Goten, Gohan semasa dewasa dan Kid Buu.

Penambahan 3 karakter ini menjadikan keseluruhan karakter yang bakal boleh dimainkan dalam Dragon Ball FighterZ setakat ini sebanyak 20 karakter.

Gohan semasa remaja (Super Saiyan), Trunks serta Majib Buu telah diumumkan sebelum ini, dan penambahan Gohan semasa dewasa, Goten dan Kid Buu menambahkan lagi variasi kepada pemilihan karakter yang ada.

Seperti mana-mana pengumuman karakter sebelum ini, trailer-trailer untuk karakter terbaru ini bakal ditunjukkan oleh Bandai Namco dalam masa terdekat ini. Jadi, teruskan bersama JomGaming untuk mengetahui berita-berita terkini tentang Dragon Ball FighterZ.

Dragon Ball FighterZ akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018.

JomBaca: Bandai Namco Keluarkan Trailer Dragon Ball FighterZ Baru, Memperlihatkan Gameplay Dalam Story Mode

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES 2018 Lite Diumumkan, Mainkan Versi Percuma Ini Sekarang Di PC, PS3, PS4, Xbox 360 Dan Xbox One

Tonton Trailer Terbaru Sea of Thieves Yang Mengajak Pemain Untuk Menjadi “Lebih Lanun”