Google baru sahaja mengumumkan Project Stream, sebuah inisiatif streaming terbaru yang direka untuk membenarkan pengguna merasai pengalaman kandungan kompleks — termasuk bermain video game atas permintaan seperti Assassin’s Creed Odyssey — di browser Chrome.
Dalam blogpost terbaru yang dikeluarkan, Google menyatakan, “media streaming telah mentransformasikan cara kita menggunakan muzik dan video, membuatkan ia mudah untuk diakses dengan segera kandungan kegemaran anda. Ia secara teknikalnya adalah proses kompleks yang dibawakan dalam beberapa tahun pendek ini, tetapi barisan hadapan teknikal yang seterusnya untuk streaming akan lebih diminta berbanding video.”
Google menggelarkan Project Stream ini sebagai “satu percubaan teknikal untuk menyelesaikan beberapa cabaran terbesar terhadap streaming,” dan matlamat asal mereka adalah untuk “menolak had dengan salah satu aplikasi yang diminta untuk melakukan streaming bagi sebuah video game terkemuka.”
Kata Google lagi dalam membincangkan cabaran streaming video game: “Apabila streaming TV atau filem, pengguna selesa dengan buffering beberapa saat yang ada semasa permulaan, tetapi melakukan streaming game yang berkualiti tinggi memerlukan latency yang diukur dalam millisaat, dengan tiada penurunan grafik.”
Untuk mencuba teknologi baru mereka ini, sebilangan kecil peserta akan dipilih untuk bermain Assassin’s Creed Odyssey di Chrome bermula 5 Oktober ini. Sesi percubaan ini hanya dibuka kepada mereka yang berada di Amerika Syarikat dan berumur 17 tahun ke atas sahaja.
Comments
Loading…