Jangan cari di tempat yang salah.

Semua dah mengetahui yang Fortnite untuk Android tidak akan dilancarkan di Google Play Store. Sebaliknya, Epic Games akan menarik pemain yang ingin bermain game ini ke laman web rasmi mereka dan memuat-turun aplikasi Fortnite dari sana.

Terbaru, kemungkinan besar disebabkan terlalu ramai yang menaip carian Fortnite di Play Store, Google telah memberi amaran notifikasi bahawa Fortnite daripada Epic Games tidak akan dilancarkan di platform tersebut.

Google sebaliknya memaparkan satu-satunya game yang dikeluarkan oleh Epic Games ke platform itu, iaitu Battle Breakers. Di bahagian cadangan pula, Google memberikan pelbagai senarai game lain yang mempunyai genre yang sama dengan Fortnite — antaranya seperti PUBG Mobile, Rules of Survical dan Creative Destruction.

Secara tidak langsung, notifikasi amaran ini boleh menghalang pemain daripada memuat-turun game palsu yang memiliki nama yang lebih kurang seperti Fortnite.

Fortnite untuk Android kini berada dalam sesi beta. Korang boleh pergi ke laman web rasmi Epic Games untuk mengetahui sama ada peranti Android korang mampu ataupun tidak untuk memainkan Fortnite.

Fortnite juga kini boleh dimainkan di PC, PS4, Xbox One, Switch dan iOS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.