Adakah ini masa depan gaming? Game streaming dari cloud, on-the-go boleh pergi ke ni? Adakah suara-suara yang mencemuh mobile gamers akan terdiam?

Semasa pembentangan keynote mereka di GDC 2019 (Game Developers Conference), Google telah mengumumkan platform game streaming mereka – Stadia. Dan mereka mendakwa Stadia lebih berkuasa daripada PlayStation 4 Pro dan Xbox One X digabungkan sekaligus.

Dakwaan ini adalah berdasarkan prestasi Stadia yang beroperasi pada 10.7 GPU teraflops – dengan PS4 Pro pada 4.2 GPU teraflops dan Xbox One X pada 6.0 GPU teraflops!

Bagaimanapun, ini bukanlah “konsol” yang kita harapkan. Sebaliknya, Stadia adalah sistem digital yang boleh korang akses menerusi Google Pixel (smartphone?), tablet ataupun laptop korang untuk memainkan game AAA melalui streaming dari cloud. Macam korang streaming Netflix la kiranya, cuma korang bukan stream filem, sebaliknya stream game.

Tiada apa-apa hardware lain diperlukan (melainkan jika smartphone/tablet/laptop korang marhaen sangat, kenalah beli spec baru sikit). Untuk mengoptimumkan keseronokan bergaming di Stadia, korang boleh membeli controllernya yang mempunyai butang ‘share’ untuk korang kongsikan terus video gameplay korang ke YouTube!

Ternyata janji Google menyediakan game AAA bagi Stadia dibuktikan dengan menyertakan DOOM Eternal sebagai game pertama platform tersebut. Stadia juga didakwa akan mempunyai ciri cross-play merentasi KESEMUA platform lain, termasuk mengakses game saves dan game progression yang tersimpan di cloud. Canggih!

Setakat ini Stadia merupakan janji Google yang paling mengagumkan bagi memulakan langkah mereka ke dalam industri gaming AAA. Spesifikasi dah hebat, bagaimana ianya diaplikasi – itu cerita lain. Kita kena tunggu maklumat dan info selanjutnya nanti.

Bagaimanapun, jika sesiapa boleh buat game streaming yang boleh dipercayai – pasti ianya Google dengan cabang-cabang teknologi Internet of Things (IoT) yang mereka ada. On tak on? Kita tunggu dan lihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.