Malam tadi, Google telah memperkenalkan platform cloud gaming mereka, yang digelar Stadia. Antara poin penting yang menjadi bualan seluruh dunia sekarang ialah ia dicanangkan sebagai platform yang lebih berkuasa berbanding PS4 Pro dan Xbox One X digabungkan.

Selain itu, beberapa penyampai di GDC 2019 (Game Developers Conference) itu, ada menyatakan bahawa secara hipotesisnya, Stadia mampu menyokong sebuah game battle royale yang dimainkan oleh 1,000 pemain serentak.

Pada ketika ini, PUBG dan Fortnite membawakan pemain seramai 100 orang, manakala game-game battle royale lain tidak mampu untuk mencapai jumlah tersebut. Sebagai contoh, Apex Legends hanya menampilkan 60 pemain maksimum pada satu-satu perlawanan, manakala Firestorm dalam Battlefield V bakal membawakan pemain seramai 64 orang sahaja.

Apakah benar bakal ada game battle royale yang akan membawakan pemain seramai 1,000 orang, atau ia hanya sekadar hipotesis untuk mengangkat teknologi yang dimiliki Stadia — sama-samalah kita nantikan.

Stadia dijadualkan akan dilancarkan pada tahun ini.

Sumber: GameRant

JomKomen!