Semasa pengumumannya, Google mengesahkan yang Stadia akan menyokong pelbagai controller lain, sekiranya pemain tidak mahu menggunakan controller rasmi yang disediakan Google untuk platform streaming game tersebut.

Juga telah disahkan, salah satu controller yang bakal boleh dimainkan di Stadia ialah Xbox Adaptive Controller — iaitu pelbagai jenis controller yang direka khas oleh Microsoft untuk golongan istimewa.

Controller yang berharga USD99.99 (~RM397) ini membawakan rekaan fizikal yang sangat berbeza daripada controller-controller yang biasa kita gunakan. Ia didatangkan bersama dengan butang-butang A, B, X, Y dan D-Pad yang besar serta lain-lain pengawal alternatif seperti analog berbeza, joystick dan pemijak kaki. Setiap butang tersebut boleh diubahsuai kedudukannya bagi memastikan keselesaan yang terbaik untuk pengguna.

Untuk maklumat lanjut tentang Google Stadia, korang boleh klik pautan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Xbox Adaptive Controller, korang boleh klik pautan ini.

Sumber: Windows Central

JomKomen!