Kalau Sony dan Microsoft masing-masing mempunyai langganan premium untuk konsol gaming iaitu PlayStation Plus dan Xbox Game Pass, Google kemungkinan besar akan turut memperkenalkan langganan seumpama ini untuk Play Store.
Menurut laporan Amanz, seorang pembangun XDA mengubah barisan kod buat .APK Play Store dan menemui petanda mengenai ‘Play Pass’ — nama yang dijangka akan digunakan oleh Google untuk langganan premium tersebut.
Selain kod yang ditemui ini, kehadiran langganan premium ini boleh dibuktikan lagi dengan soalan yang pernah ditanya melalui soal kaji selidik Google Opinion Rewards sebelum ini.
Sekiranya benar, Play Pass ini dilaporkan bukan sahaja akan memberikan para pelanggannya game-game berbayar, malah pelbagai aplikasi berbayar juga — dengan harga yang lebih murah apabila dibandingkan jika membelinya setiap satu secara berasingan.
Comments
Loading…