Seperti mana Steam dan PlayStation Store yang telah melakukan pengumuman sebelum ini, Google Play Store juga, seperti dijangka, akan mengenakan cukai yang sama.
Bermula 1 Januari 2020, Google Play Store akan mengenakan cukai perkhidmatan digital sebanyak 6 peratus untuk kesemua aplikasi berbayar serta pembelian dalam aplikasi. Google menyatakan lagi bahawa walaupun pengguna tidak berada di Malaysia, cukai ini tetap dikenakan kepada pengguna Malaysia.
Semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada November 2018 lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2020, kerajaan akan mengenakan cukai perkhidmatan digital kepada penyelia dari luar negara seperti Netflix, Spotify dan Steam.
Comments
Loading…