in , , , ,

Google Play Games: Aplikasi Rasmi Main Game Mobile Di PC, Kini Sesi Beta Di 3 Negara Asia

Google akan memudahkan para penggemar game mobile untuk memainkannya di Windows PC dengan pengenalan sebuah aplikasi rasmi di PC.

Digelar Google Play Games, ia akan memudahkan para pemain untuk browse dan muat-turun game-game mobile di PC. Para pemain boleh berhenti dan menyambung game mobile kegemaran di mana-mana peranti, termasuklah telefon, tablet, Chromebook dan Windows PC. Dalam kata lain, ia menyokong fungsi cross-progression.

Lebih menarik, para pemain boleh bermain game mobile di skrin yang lebih besar, serta memanfaatkan penggunaan input mouse dan keyboard. Harus diingat, Google Play Games tidak menggunakan teknologi streaming, sebaliknya akan berjalan secara native di PC.

Buat masa ini, Google Play Games baru memasuki sesi beta di tiga buah negara Asia, iaitu Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan.

Di laman web rasminya, Google berkongsikan apakah keperluan minimun untuk menggunakan Google Play Games, ianya adalah seperti berikut:

  • Windows 10 (v2004)
  • Solid state drive (SSD)
  • GPU kelas gaming
  • CPU 8 teras logikal
  • 8 GB RAM
  • 20 GB storan kosong
  • Windows admin account
  • Hardware virtualization perlu dihidupkan
  • Peranti PC dan konfigurasi yang sesuai

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pemain Ini Cipta Game First-Person Shooter Pokemon, Kini Nintendo Bertindak Memadamkannya

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Raikan Tahun Baru Cina Bersama Genshin Impact di Sunway Velocity Mall!