in , , ,

Google Dilaporkan Sedang Merancang Membangunkan Platform Gaming – Pesaing Kepada PlayStation Dan Xbox

Sony dan Microsoft ada pesaing baru?

Google dikhabarkan bakal melompat ke arena gaming secara besar-besaran, yang mana mungkin boleh memberi saingan kepada dua konsol yang mendominasi pada masa ini, PlayStation dan Xbox.

Google sememangnya kini sedang merancang sesuatu untuk video game, namun kita tidak tahu sebarang perancangan spesifik daripada mereka. Walau bagaimanapun, menurut laporan Kotaku, Google mempunyai tiga pendekatan, iaitu:

  1. Satu platform yang mungkin menggunakan fungsi streaming
  2. Sejenis hardware
  3. Satu percubaan untuk membawakan pembangun-pembangun game masuk ke bawah payung Google, sama ada melalui kempen merekrut yang agresif atau pengambil-alihan besar-besaran.

Kata laporan Kotaku lagi, ketiga-tiga pendekatan ini mereka dapati daripada lima individu yang sama ada telah mendengar sendiri daripada Google atau mendengarnya dari pihak kedua. Laporan ini tidaklah mengatakan yang platform gaming daripada Google ini akan menjadi pesaing secara langsung kepada PlayStation dan Xbox dari segi spesifikasi teknikal, tetapi khabar angin kuat mengatakan yang ia akan mempunyai kaitan dengan servis streaming dalam caranya yang tersendiri.

Apa yang menarik ialah laporan ini sememangnya selari dengan laporan sebelum ini, iaitu ‘Project Yeti’.

Apa pun rancangan mereka, yang pasti mereka sedang ke arah untuk menggegarkan industri gaming. Pada Januari 2018, Google melantik Phil Harrison, eksekutif veteran dalam arena video game yang pernah memegang jawatan-jawatan tinggi dalam Sony dan Microsoft sebagai pengurus PlayStation dan Xbox. Google juga dengan garangnya telah melantik pembangun-pembangun video game berpengalaman daripada EA, PlayStation dan banyak lagi syarikat gaming lain.

Jadi, apa agaknya platform gaming yang bakal Google sajikan kepada kita? Korang ada idea?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Wajah Dan Statistik Pemain-Pemain Legenda Yang Bakal Ada Dalam PES 2019

Warface: Game FPS-Battle Royale-Futuristik Percuma Ini Diumumkan Bakal Hadir Ke PS4 Dan Xbox One