Mampukah Google bersaing bersama gergasi-gergasi gaming lain?

Google baru sahaja mengeluarkan satu video acah berdurasi 38 saat. Ia memaparkan banyak babak yang dizoom jauh, kelihatan seperti mengambil babak daripada pelbagai video game.

Di bahagian deskripsi, Google mengumumkan yang mereka akan memperkenalkan sesuatu pada minggu hadapan — mengatakan bahawa “visi Google untuk masa depan gaming”. Acara tersebut akan di-livestream pada 20 Mac 2019, 1 pagi (waktu Malaysia).

Ramai para peminat sudah mula berspekulasi. Ada yang mengatakan bahawa setiap lorong yang diperlihatkan dalam video acah tersebut adalah babak dari video game seperti No Man’s Sky, Destiny dan Dragon Age. Kemudian, logo “G” di akhir video tersebut dikatakan sebagai logo untuk konsol yang bakal diumumkan pada minggu hadapan itu — seakan sama seperti logo PlayStation dan Xbox.

Korang boleh saksikan video ini di bawah:

Dalam berita yang lain pula, Jade Raymond telah mendedahkan bahawa beliau kini telah menyertai Google sebagai Naib Presiden. Raymond sememangnya tidak asing lagi dalam industri gaming. Beliau merupakan antara orang penting yang pernah bekerja di bawah Ubisoft dan EA — sama-sama menerbitkan beberapa game terkemuka seperti Assassin’s Creed, Splinter Cell: Blacklist, Watch Dogs dan beberapa projek Star Wars.

Berita ini sekaligus menguatkan lagi andaian bahawa Google benar-benar serius untuk menerjah ke gelanggang industri gaming. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan Google pada minggu hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.