in , ,

Google Bantu Pembangun Mobile Games Dengan Pilihan Pengiklanan Baru

Tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelang Games Developers Conference (GDC), Google turut serta berkongsi sedikit tentang kaedah pengiklanan baru mereka bagi membantu pembangun mobile games.

Ia memang tidak dapat dinafikan mobile games adalah salah satu platform video game paling popular dalam kalangan pemain dengan hampir 80% pemain menggunakan aplikasi mobile games untuk bermain secara kasual mahupun secara tegar.

Walau bagaimanapun dengan kebanjiran pelbagai mobile games di luar sana, pembangun harus memikirkan cara terbaik untuk melariskan keunikan mobile games mereka tersendiri.

Baru-baru ini, Google mengumumkan inovasi terbaru dalam pengiklanan bagi mobile games menerusi Universal App Campaigns (UAC) dan AdMob bagi membantu pembangun mobile games untuk menjana keuntungan sekaligus meluaskan capaian pemain.

Mencapai Lebih Ramai Pemain

UAC berfungsi melalui teknologi machine learning untuk menjejaki pemain-pemain mengikut citarasa mereka tersendiri berdasarkan mobile games yang pernah mereka mainkan di seluruh produk Google sama ada di Play Store, YouTube dan juga Google Display Network.

Ini memudahkan pembangun untuk mencari audiens yang sesuai dan berhubung dengan pemain-pemain sebenar yang boleh membuka peluang lebih besar untuk memperluaskan bisnes pembangun mobile games lagi.

Tonton Iklan Video Untuk Dapatkan Nyawa, Matawang In-Game

Kewujudan iklan ketika bermain mobile games semestinya menjengkelkan bagi rata-rata pemain tetapi ini bukan sekadar iklan biasa sahaja.

Melalui AdMob, terdapat dua format iklan baru yang bakal tiba dalam tempoh beberapa bulan akan datang iaitu iklan pelbagai pilihan video dan iklan boleh dimainkan.

Kini, pemain boleh memilih untuk menonton iklan video selama 6 hingga 60 saat yang boleh memberikan insentif atau ganjaran dalam mobile game itu seperti kuasa khas atau nyawa secara percuma.

Selain itu, pemain juga boleh mendapat ganjaran nyawa atau kuasa tertentu dalam mobile game dengan mudah melalui satu permainan mudah tanpa mengganggu tempoh masa bermain.

Jana Keuntungan Melalui OpenBidding

Pengurusan pengiklanan sesebuah mobile game untuk menghubungkan pelbagai rangkaian pengiklanan berbeza-beza adalah satu tugas yang agak sukar untuk ditangani oleh pembangun.

OpenBidding membolehkan rangkaian-rangkaian pengiklanan untuk membida ruang pengiklanan sekaligus dalam satu sistem bersatu lelongan.

Kaedah OpenBidding ini sudah pun digunakan oleh rangkaian pengiklanan sepertiΒ Smaato, Index Exchange, OpenX dan banyak lagi servis pengiklanan akan datang yang boleh menghasilkan lebih keuntungan untuk aplikasi anda sekaligus memberi ruang masa banyak untuk pembangun untuk memperbaiki mobile game mereka.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apabila Ninja Dan Drake Bergabung Dalam Fortnite, Rekod Baru Di Twitch Tercipta

Hellblade Dan Horizon Zero Dawn Mengungguli Pencalonan Anugerah Bafta Game 2018