Lain macam aura next gen.
Godfall, game pertama PlayStation 5 telah pun diumumkan di Game Awards 2019. Selain ianya akan bergenre looter-slasher, tak banyak diketahui tentang game ini. Berikut adalah XX fakta yang kitorang korek dari temuramah bersama Creative Director Godfall / CEO Counterplay Games, Keith Lee.
1. Ianya akan hadir ke platform PC & PS5.
2. Trailer di atas memulakan jalan cerita Godfall, bila korang akan memilih karakter buat kali pertama.
3. Korang akan memainkan watak anggota saki-baki Knight’s Order yang sedang mempertahankan dunia daripada kiamat.
4. Korang boleh memainkan ketiga-tiga karakter di dalam trailer tersebut dan memakai armor set mereka yang dipanggil Valorplates.
5. Korang boleh mencari dan memakai Valorplates lain yang telah hilang ditelan zaman – masing-masing dengan karakteristik dan sejarah tersendiri. Valorplates ini pula boleh korang upgrade dengan Augments untuk perk-perk berbeza mengikut citarasa gameplay korang.
6. Godfall berlangsung di dalam dunia high fantasy dipenuhi satria/knights, magik dan alam-alam terlarang. Dunia Godfall terbahagi kepada alam Earth, Water, Air, Fire dan Spirit. Di penghujung trailer di atas, karakter korang mendongak melihat dari alam Earth ke alam Water. Dan monumen/obelisk gergasi yang menghubungkan dua alam tersebut bernama Skybreaker Monolith.
7. Godfall adalah sebuah game melee combat, dan korang akan membina karakter menggunakan gear/loot yang dikumpul sepanjang permainan. Korang akan memiliki serangan jarak jauh yang dihadkan dengan cooldown/charges. Gameplay utama masih pada pertempuran melee jarak dekat dengan dua pilihan senjata utama yang boleh ditukar semasa misi.
8. Gameplay Godfall diinspirasikan daripada game Monster Hunter – playstyle mengikut kepelbagaian weapon class / jenis senjata. Ini termasuk gameplay kombo pantas lagi brutal ataupun permainan lebih berhati-hati.
9. Godfall boleh dimainkan secara solo ataupun co-op 3 orang.
10. Jalan cerita Godfall diinspirasikan daripada novel-novel seperti siri The Stormlight Archive dari Brandon Sanderson, trilogi The First Law dari Joe Abercrombie dan siri Foundation dari Isaac Asimov.
11. Godfall dibangunkan bagi menggunakan teknologi PS5 yang baru – SSD bagi tahap perincian yang tinggi untuk setiap objek in game termasuk proses loading game tanpa gangguan.Controller DS5 dengan adaptive trigger dan haptic feedback pula akan memastikan saat-saat combat terasa ganas lagi menyeronokkan.
12. Godfall adalah game pertama diumumkan sebagai PlayStation 5 launch title.
13. Ianya dibangunkan oleh Counterplay Games, studio kecil seramai 75-orang yang pernah mengerjakan pembikinan game-game seperti Ratchet & Clank, God of War, Destiny 2, Horizon Zero Dawn, Diablo III, Gears 5, Star Wars Battlefront, Titanfall 2, Left 4 Dead 2, Evolve, Halo 5, Battlefield 3, Bioshock Infinite, Call of Duty, Injustice 2 dan Overwatch. Game-game besar jugak.
Comments
Loading…