in , ,

God of War Versi PC Dibangunkan Jetpack Interactive, Santa Monica Hanya Menyelia

Sony telah mengesahkan bahawa God of War versi PC sedang dibangunkan oleh Jetpack Interactive.

Perkara ini didedahkan Sony dalam satu kenyataan kepada Arstechnica. Sony menyatakan bahawa Santa Monica Studio, yang membangunkan game asal untuk platform PS4, hanya bertanggungjawab ‘menyelia’ projek itu.

Jetpack Interactive merupakan sebuah studio yang memfokuskan kepada kerja-kerja port (membawakan sesebuah game itu, yang asalnya sudah dilancarkan ke satu platform, ke satu platform baharu) yang berpangkalan di Vancouver, Kanada.

Menurut Arstechnica lagi, ini merupakan projek pertama Jetpack bersama Sony.

Menurut VGC, antara game yang pernah studio ini terlibat sebagai studio sokongan adalah Plants vs. Zombies: Garden Warfare II, Dark Souls PC dan beberapa game NBA Live.

Minggu lalu, setelah beberapa laporan telah tertiris, Sony akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa God of War bakal tiba ke platform PC.

God of War akan dilancarkan ke Steam dan Epic Games Store pada 14 Januari 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ragnarok X: Next Generation Tampilkan Tema Halloween Bersama Pelbagai Ganjaran Istimewa

CEO Intel Sekali Lagi Tegaskan Kekurangan Cip Akan Berterusan Sehingga 2023