God of War yang dilancarkan pada April lalu boleh dikatakan sebuah game yang hampir sempurna meliputi segala segi, termasuklah ketiadaan glitch yang terlalu kerap dijumpai.

Walau bagaimanapun, untuk mencapai “kesempurnaan” ini bukanlah sesuatu yang mudah. Di sebalik kejayaannya itu, proses pembangunan game ini telah melalui pelbagai peringkat yang mana pada awalnya semestinya tidak sesempurna seperti apa yang dilancarkan.

Santa Monica telah mengeluarkan satu video kompilasi yang memaparkan beberapa glitch aneh yang mereka temui semasa membangunkan God of War, dan ia sungguh lucu. Korang boleh tontonnya di bawah:

Sekiranya korang masih berkira-kira untuk mendapatkan game ini, korang seharusnya dapatkannya sekarang kerana dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan yang God of War mempunyai gameplay yang mantap, pelbagai elemen baru, pertempuran sinematik epik, dan kisah mitos yang penuh misteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.