in , , ,

God of War Dan Banyak Lagi Game PlayStation Dilaporkan Akan Hadir Ke PC Selepas Pangkalan Data GeForce Now Tertiris

Lebih 18,000 game yang bakal dilancarkan ke platform PC dilaporkan telah tertiris. Ya, lebih 18,000.

Seseorang yang bernama Ighor July telah mendakwa berjaya menggali data-data yang terdapat dalam aplikasi GeForce Now dan menemui banyak info dalam pangkalan data dalaman NVidia.

Dikongsikan di laman Medium dan Reddit, beliau telah menemui lebih 18,000 game yang telah melalui sesi percubaan sebelum pelancarannya ke PC, antaranya adalah game-game PlayStation yang masih belum diumumkan untuk PC, seperti God of War (2018), Returnal, dan Demon’s Souls.

Lebih menarik, pangkalan data berusia enam bulan itu turut menyenaraikan versi remastered untuk Uncharted 4: A Thief’s End dan Uncharted: The Lost Legacy, iaitu Uncharted: Legacy of Thieves Collection, yang baru sahaja didedahkan beberapa hari lalu dalam acara PlayStation Showcase 2021.

Laporan ini turut menegaskan yang beberapa game PlayStation berkemungkinan juga bukan diuji untuk dilancarkan sepenuhnya ke PC, tetapi hanya untuk percubaan PlayStation Now, iaitu servis streaming oleh Sony yang turut boleh dimainkan di PC.

Antara game besar yang termasuk dalam senarai 18,000 ini adalah:

  • GTA 3, Vice City dan San Andreas Remasters
  • Mafia: Definitive Edition
  • Alan Wake Remastered
  • Beberapa game Xbox Game Studios seperti Avowed, Indiana Jones, Fable (Project Holland), Forza (Project Woodstock)
  • Beberapa game Nintendo seperti Super Mario Bros. Wii. ditemui kerana Nvidia SHIELD di China
  • ”Fight for Middle-Earth”
  • Half-Life 2 Remastered
  • Titan Quest 2 & Outcast
  • Payday 3
  • ”Metro Next”
  • ”Project FPS (Paradox Interactive)”
  • Human: Fall Flat 2
  • ”Hangar 13 unannounced”
  • The Talos Principle 2
  • ”Total War 9”
  • Untitled Respawn Game
  • Kingdom Hearts IV
  • Untitled The Initiative Game (probably Perfect Dark)
  • Sniper Elite 5
  • ”Monster Hunter 6”
  • Helldivers 2
  • Judgement with Mouse & Keyboard support (maybe not a PC version, perhaps Stadia?)
  • Halo 5: Guardians for PC
  • Cities Skylines 2
  • As Dusk Falls and As Dusk Falls Season 2
  • Space Punks untuk Steam (buat masa ini eksklusif di EGS)
  • Tomb Raider Anniversary (2021) dan Tomb Raider 25th Anniversary (2021)
  • S.T.A.L.K.E.R. Android
  • Gears 6
  • ”Hitman Pro”
  • ”Worms Next”
  • Destroy All Humans! 3
  • Earth Defense Force 6
  • Dragon’s Dogma 2
  • Wreckfest Sequel
  • Crysis 4
  • Resident Evil 4 Remake
  • Crash Team Racing Nitro-Fueled for PC
  • Chrono Cross Remaster
  • ”Bioshock 2022”
  • Shin Megami Tensei V dan Catherine Full Body
  • Bioshock RTX Remaster, Mirror’s Edge RTX Remaster, Batman: Arkham Knight RTX Remaster
  • Final Fantasy VII Remake

Walau bagaimanapun, seperti biasa, ini hanyalah laporan yang dikatakan ditemui dalam pangkalan data GeForce Now. Selagi ia belum diumumkan secara rasmi, jangan terlalu meletakkan harapan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Marvel’s Wolverine Adalah Game Bersaiz Penuh Dengan Kandungan Ton Dewasa, Kata Pengarah Kreatif

FIFA 22: Messi Masih Pemain Paling Tinggi Rating, Lewandowski Tolak Ronaldo Jatuh Nombor 3