in , ,

God of War Dah Boleh Pre-Order – Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Collector’s Dan Digital Deluxe Edition

Bersiap sedia untuk pecahkan tabung anda.

Setelah sekian lama, tarikh rasmi God of War akhirnya diumumkan bersama dengan story trailer yang mengagumkan. Jadi, mari kita lihat dua edisi God of War yang bakal tiba pada hari pelancaran iaitu Collector’s Edition dan Digital Deluxe Edition.

Berikut adalah kandungan untuk God of War: Collector’s Edition:

  • Patung 9′ Kratos dan Atreus oleh Gentle Giant
  • Cakera Blu-Ray God of War
  • Ukiran 2′ Huldra Brothers
  • Litograf eksklusif
  • Peta kain
  • berserta kandungan digital seperti Set Armor Death’s Vow, Perisai Exile’s Guardian , Komik digital God of War oleh Dark Horse, Artbook God of War dan Tema Dinamik PS4.

Boleh tahan juga kandungan Collector’s Edition berharga RM549 ini yang penuh dengan barangan edisi khas untuk peminat tegar siri God of War ini.

Kalau anda lebih suka game anda dalam bentuk digital, game keluaran Santa Monica Studio ini juga menyediakan God of War: Digital Deluxe Edition.

Inilah kandungan untuk set Digital Deluxe Edition berharga RM249:

  • Download penuh God of War
  • Komik digital God of War oleh Dark Horse
  • Artbook God of War
  • Set Armor Death’s Vow
  • Perisai Exile’s Guardian
  • Tema Dinamik PS4

Pihak Sony mengumumkan harga jualan cakera Blu-Ray God of War Standard Edition adalah pada harga RM229 manakala Digital Standard Edition adalah berharga RM209.

Kepada yang sudah lama menantikan jalan cerita baru untuk Kratos, God of War sudah boleh pre-order di PlayStation Store dan anda bakal menerima kandungan premium digital. Lebih menarik lagi, pelanggan PS Plus akan menerima dua kandungan tambahan kepada yang membuat pre-order untuk Digital Deluxe Edition ataupun Standard Edition.

Amacam? Mana satu yang menjadi pilihan kalbu anda? Korang jangan risau, God of War tidak memerlukan Season Pass langsung. Hooray!

God of War akan dilancarkan pada 20 April 2018, eksklusif untuk PS4.

JomBaca: Anda Ada Soalan Tentang God of War? 102 Soalan Terjawab Oleh Pengarah God of War Dalam Masa Pantas

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satu Lagi Game Dragon Ball Di PC Diperkenalkan, Dragon Ball Z X Keeperz Bawakan Pertarungan 4v4

Fortnite Battle Royale Perkenalkan Item Baru, Chug Jug, Dan Perbaiki Pelbagai Isu