Sejak memperlihatkan gameplay selama 10 minit pada acara E3 2016 lalu, Sony masih berdiam diri untuk tidak mendedahkan tarikh pelancaran God of War terbaru.

Ramai yang menjangkakan tarikh pelancarannya akan diumumkan pada E3 2017, di mana ramai mengharapkan ia akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Walau bagaimanapun, nampaknya kita tidak mungkin akan kembali mengamuk bersama Kratos pada tahun 2017.

Pelakon suara Kratos,¬†Christopher Judge telah mengemaskini bio di akaun peribadi Twitter-nya, dengan menyatakan “GOD OF WAR (2018)”. Sama ada pendedahkan ini dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja, tahun “2018” yang dinyatakan itu telah dipadam.

Namun, ia berjaya di-screenshot, terima kasih kepada press-start.com.au:

Meletakkan tahun 2018 sebagai tarikh pelancaran pastinya telah mengelirukan kita, apabila sebelum ini, beliau turut telah menyatakan “GOD OF WAR (2017)”, juga di bio Twitter-nya.

Sama ada Judge telah secara tidak sengaja mendedahkan tahun pelancaran game ini ataupun hanya sekadar untuk bermain-main dengan perasaan para peminat, itu kita kena tunggulah sehingga Sony secara rasmi mendedahkan tarikh pelancaran God of War yang sebenar. Sementara menunggu itu, kita layanlah dulu gameplay game ini di sini.

JomBaca: Saksikan Kapak Kratos Dalam God of War Terbaru Dibina Dalam Dunia Sebenar! Memang Mengerikan!

JomKomen!