in ,

Go 4 The Kill Membawakan Mode Pertempuran Battle Royale Kepada Counter-Strike: Global Offensive

Beberapa minggu yang lalu, ada laporan yang menyatakan Counter-Strike: Global Offensive mungkin akan mendapat mode battle royale. Tetapi seorang modder bernama Kinsi sudah pun mencipta mod tersebut.

Dipanggil sebagai Go 4 The Kill atau Go4TK, mode itu menampilkan map dengan saiz lebih dari empat kali ganda daripada map Overpass dan tiga hingga ke empat lebih besar daripada apa yang enjin Source selalu benarkan.

Ia dapat dicapai dengan memecahkan mapnya kepada beberapa seksyen berasingan melalui jarak gunung. Meredahi kawasan pergunungan lain membolehkan pemain berada di map lain, tapi semuanya berhubung jadi pemain boleh kembali dan masuk tanpa sebarang masalah. Walaupun saiznya sebesar padang permainan, prestasi seharusnya lebih kurang sama dengan map CS:GO kerana terdapat sedikit perincian “yang tidak penting” daripada apa yang diperlukan untuk diberikan kepada pemain.

Sementara PUBG selalu dikatakan sebagai pembawa genre battle royale, Kinsi berkata inspirasinya untuk Go4TK datang dari game yang berlainan. “Dengan Go4TK, tujuan saya adalah untuk menggabungkan dua buah game yang saya suka, King of the Hill dan CS:GO. Ia amat penting untuk mencabar diri saya untuk menolak sempadan apa yang mungkin dengan server modding CS:GO. Dari bawah, saya berhati-hati mencipta segalanya, mencipta map itu sendiri atau pasangkan untuk membenarkan permainan sebenar untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.”

Terdapat beberapa perbezaan yang signifikan dari segi gameplay antara Go4TK dan CS:GO. Pergerakan peluru telah direka semula, berlari tidak akan mengurangkan ketepatan menembak.

Senjata mempunyai ketidaktepatan secara rawak tapi tiada corak sentakan. ADS (Aim Down Sight) sangat penting jika pemain mahu membidik sasaran, jika pemain tercedera, pemain akan mengalami pendarahan dan jika dibiarkan lama, ia akan terus kekal sehingga pemain mati.

Walaupun lebih besar daripada kebiasaan CS:GO, pengalaman dalam skala kecil dari PUBG, Kotaku pernah mengatakan bahawa jumlah maksimum pemain adalah 20, sementara di laman web Go4TK mengatakan ia mensasarkan jumlah pemain sebanyak 49.

Sebenarnya Go4TK sudah pun dikeluarkan pada bulan Ogos dan kerja-kerja penambahbaikan masih diteruskan sejak itu. Namun, penerimaannya pada masa itu tidak dapat menarik minat orang ramai menyebabkan berlaku penutupan server Amerika Utara pada bulan November. Kinsi berkata di akaun Twitter-nya bahawa mereka mungkin akan membawakannya kembali tidak lama lagi, “terima kasih Redditor yang pemurah”. Namun berapa lama ia akan online, itu bergantung kepada berapa ramai yang akan bermain mode itu.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Server Online Untuk Gran Turismo 6 Akan Ditutup Pada 28 Mac 2018

Polis Di Amerika Syarikat Menembak Mati Seorang Lelaki Berumur 28 Tahun Kerana Panggilan Palsu “Swatting”