Pernah tak korang dengar mengenai Global Game Jam? Kalau tak, jom join event gaming yang sangat unik ini!
Global Game Jam® (GGJ) adalah acara jamming pembikinan game yang terbesar di dunia yang diadakan di beberapa lokasi fizikal di seluruh dunia. Apa yang membuatkan acara ini sangat istimewa dan menarik?
Acara ini adalah acara yang diadakan selama 48 jam, di mana ia mengumpulkan para pencinta game dari pelbagai latar belakang dari seluruh dunia. Kebiasaannya, struktur acara ini – semua akan berkumpul pada Jumaat petang, menonton video keynote dengan pesanan dari game developers.
Kemudian, satu tema rahsia akan diumumkan. Semua lokasi di seluruh dunia akan diberikan cabaran untuk mencipta game berdasarkan tema rahsia yang telah diumumkan, di mana game tersebut perlu disiapkan pada tengah hari Ahad.
“Jam” yang dimaksudkan di sini bukanlah kesesakan lalu lintas yang korang perlu tempuhi pada setiap pagi di tengah kota raya itu ataupun jem strawberi yang korang sapu di roti itu. “Jam” di sini adalah merujuk kepada sesi jamming seperti ahli-ahli muzik gitu.
Matlamatnya adalah untuk berkumpul bersama dan membuat video game atau game bukan-digital seperti board game atau card game. Peserta akan sibuk melakukan prototaip untuk game design serta bertukar-tukar buah fikiran dan diharapkan dapat menyuntik idea-idea baru untuk membantu mengembangkan industri ini.
Pada Januari 2015, acara ini telah berlangsung di 500 lokasi di 78 negara yang telah berjaya mencipta 5439 game dalam satu hujung minggu! Jadi, bagaimana pula dengan 2016?

Di Mana Lokasi GGJ Di Malaysia Tahun Ini?
Berikut adalah maklumat-maklumat yang perlu korang tahu untuk menyertai acara ini di Malaysia:
- Lokasi: KDU University College, Petaling Jaya.
- Tarikh: 29 Januari 2016.
- Masa: Bermula 5 petang (selama 48 jam)
- Tiada yuran penyertaan.
- Tiada had umur.

Berminat? Korang boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai acara ini di lokasi Malaysia di sini dan terus membuat pendaftaran di sini.
Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk menyertai acara ini, jangan risau, JomGaming akan turut berada di sana. Nantikan liputan dari kami!
Comments
Loading…