Dalam review yang diterbitkan Ogos lalu, penulis menyimpulkan yang GigaBash menawarkan gameplay yang menghiburkan, namun sukar untuk membuatkan kita terus melekat dalam jangka waktu yang lama.
Walau bagaimanapun, melalui kandungan tambahan (DLC) dan kemaskini terbaharu, Passion Republic nampaknya mampu mengikat kembali aku untuk bermain GigaBash lebih lama daripada sebelum ini.
Terdapat kamaskini percuma dan DLC berbayar. Kita akan kupas kedua-duanya di bawah.
Godzillaaaaa
Tarikan utama ditampilkan dalam kemaskini ini adalah penambahan karakter-karakter dari francais filem Godzilla iaitu Godzilla itu sendiri, Gigan, Mechagodzilla, dan Destoroyah.
Penambahan empat karakter dari francais filem Godzilla ini sememangnya tepat. Sebagai sebuah game yang memfokuskan kepada pertempuran antara raksasa kaiju, tiada karakter yang lebih sesuai untuk dijadikan DLC dalam GigaBash selain dari filem-filem Godzilla.
Sebagai peminat karakter yang menggunakan serangan jarak jauh, tentunya karakter kegemaran penulis dalam DLC ini adalah Mechagodzilla. Melalui rekaannya yang hibrid antara Godzilla dan robot, melancarkan tembakan-tembakan roket yang bersimpang-siur, ia sememangnya satu karakter yang seronok untuk dimainkan.
DLC Godzilla ini merupakan sebuah DLC berbayar yang korang boleh dapatkan di Steam, Epic Games Store dan PlayStation Store.
DLC berbayar hanyalah DLC Godzilla ini. Segala penambahan yang akan disebutkan selepas ini adalah kemaskini percuma untuk semua pemilik GigaBash.
Onslaught Mode
Onslaught Mode ini mudah sahaja. Ia merupakan mode wave yang selalu kita jumpa dalam banyak game lain.
Mode ini akan memberikan korang wave yang didatangi pelbagai jenis musuh tanpa penghujung. Ya, tiada penghujung. Korang layanlah wave ini sampai muntah selagi tak mati, dan kejarlah global leaderboards di mana korang boleh bersaing dengan para pemain seluruh dunia untuk melihat siapa yang yang berjaya mengharungi paling banyak wave dalam jangka waktu tertentu.
Menariknya, korang boleh bermain mode ini secara solo ataupun local co-op dengan seorang lagi pemain.
Pada ketika ini, Onslaught adalah mode yang paling berobjektif untuk bermain secara local co-op. Kita akan lebih fokus untuk mencapai sesuatu berbanding mode-mode lain yang hanya seperti one-off exhibition.
Arcade Mode

Arcade Mode juga merupakan sebuah mode yang selalu kita jumpa dalam game-game fighting.
Kita akan bertarung secara 1-lawan-1 dengan AI. Lapan AI yang diberikan secara random akan kita tempuhi satu per satu. AI terakhir adalah final battle — membawakan AI yang sentiasa berada dalam S-Class (dua kali ganda besar) dari awal sampai habis.
Penulis fikir Arcade adalah mode terbaik untuk pemain mengasah skill pertarungan secara solo dan tidak mahu menyentuh story. Tidak ada cutscene-cutscene yang meleret. Pilih karakter, pilih difficulty, dan kita akan terus disajikan dengan pertarungan dengan lapan AI.
Mayhem Online

Seperti yang penulis pernah katakan dalam review sebelum ini, Mayhem (Onar) adalah mode yang mencuit hati dengan pelbagai minigames yang kelakar. Malah mungkin mode yang paling menyeronokkan. Namun ketika itu, ia hanya boleh dimainkan secara local.
Kini, melalui kemaskini terbaharu ini, Mayhem turut boleh dimainkan secara online menerusi Private Match.
Tiada sebarang penambahan minigames, jadi mungkin Passion Republic pada masa akan datang boleh menambahnya lagi bagi menarik lebih ramai untuk mencuba mode yang menghiburkan ini.
Cross-Platform Matchmaking

Fungsi ini juga merupakan penambahan yang besar ke dalam GigaBash. Kini, para pemain di semua platform — Steam, Epic Games Store, PS5 dan PS4 akan berkongsi matchmaking pool yang sama.
Secara teorinya, dengan adanya ciri baharu ini, matchmaking sepatutnya akan lebih mudah bertemu dengan opponent. Walau bagaimanapun, sepanjang percubaan penulis, ia masih lagi sukar untuk menemukan pemain lain dengan cepat. Penulis tidak pasti sama ada GigaBash tidak ramai pemain yang online ketika penulis mencubanya atau ada masalah teknikal lain.
Bagi penulis, fungsi ini masih belum cukup untuk memberikan pengalaman cross-play sepenuhnya. Hal ini kerana cross-play ini hanya dibawakan untuk matchmaking, dan pemain dari PC dan PlayStation tidak boleh invite antara satu sama lain.
Namun, penulis memahami. Menampilkan cross-play sepenuhnya memerlukan kos dan sumber yang lebih tinggi. Dan sebagai sebuah pembangun indie, ia tidak semudah itu.

Oleh itu, secara kesimpulannya, kemaskini dan DLC terbaharu dalam GigaBash ini telah membawakan lebih banyak rencah dan warna.
DLC Godzilla merupakan penambahan karakter yang amat tepat untuk GigaBash. Mungkin dalam DLC seterusnya, Passion Republic boleh dapatkan pula kerjasama dengan Ultraman, Kong, Attack on Titan atau banyak lagi untuk membawakan kandungan crossover bagi terus menerus tarik minat pemain.
Mode-mode dan cross-platform matchmaking yang percuma itu pula telah menarik minat penulis untuk bermain Gigabash semula.
Sekiranya korang masih kurang tahu tentang game buatan Malaysia ini, korang boleh baca review kami ini.
I am a website designer. Recently, I am designing a website template about gate.io. The boss’s requirements are very strange, which makes me very difficult. I have consulted many websites, and later I discovered your blog, which is the style I hope to need. thank you very much. Would you allow me to use your blog style as a reference? thank you!