Pastinya berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pemain Ghost Recon Wildlands!

Game mode pemain-lawan-pemain (PvP) merupakan suatu yang sangat diminta oleh para pemain Ghost Recon Wildlands. Terbaru, Ubisoft telah mengumumkan game mode ini, dengan membawakan perlawanan 4v4 – diberi nama Ghost War.

Mode ini adalah antara mode yang dijanjikan mereka dalam perancangan sebelum ini, dan ia bakal menjadi kenyataan dengan membawakan pertempuran taktikal yang lebih mendebarkan. Korang boleh saksikan gameplay-nya di bawah:

Sesi open beta untuk mode PvP ini juga telah diumumkan, dan ia akan dibuka dalam masa terdekat di PC, PS4 dan Xbox One. Manakala, Ghost War ini akan dilancarkan sepenuhnya ke dalam game penuh secara percuma pada musim luruh nanti (sekitar September hingga Disember).

Kedua-dua tarikh sesi open beta dan pelancaran penuh masih belum mempunyai tarikh tepat.

JomBaca: PS4 Mendominasi Jualan Game Ubisoft Pada Tahun Fiskal 2016/17 Dengan Ghost Recon Wildlands Paling Laris

JomKomen!