Trailer terbaru yang memaparkan “Ghosts” yang lengkap dengan senjata terperangkap di kawasan pergunungan dan hutan rimba.

ghost recon

Ghost Recon: Wildlands pertamanya kalinya diperkenalkan pada acara E3 tahun lalu. Ia adalah sebuah game bergenre open world tactical shooter yang dibangunkan oleh Ubisoft.

Selepas kira-kira setahun kita menyaksikan gameplay trailer yang diperlihatkan, kini, mereka mengeluarkan trailer terbaru, “We Are Ghosts”.

Trailer ini telah menampilkan seorang watak yang bernaratif dan mengisahkan kumpulan “Ghosts” yang menjalani kehidupan di kawasan-kawasan pergunungan, padang pasir dan hutan rimba. Kelihatan, ini adalah in-game footage yang akan diletakkan ke dalam game penuh kelak.

Mereka juga mengumumkan bahawa banyak lagi maklumat akan didedahkan pada acara E3 2016 yang akan membukan tirai pada 14 Jun nanti.

Ghost Recon: Wildlands akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada satu tarikh yang masih belum diumumkan.

JomKomen!