Ketika Ubisoft melancarkan Ghost Recon: Wildlands, ramai yang menarik nafas lega apabila game itu tidak lagi mengikut jejak langkah game-game Ubisoft sebelumnya yang memerlukan sambungan internet sepanjang masa bermain.

Walau bagaimanapun, sekuel kepada Wildlands, Ghost Recon: Breakpoint bakal kembali ke mimpi buruk yang lama. Ubisoft telah mendedahkan bahawa game terbaru akan datang mereka itu akan mengikut jejak langkah The Division dan Rainbow Six Siege, yang mana sentiasa memerlukan sambungan internet untuk bermain, dalam kata lain, tiada mode yang boleh dimainkan secara offline.

Breakpoint menggunakan latar belakang lokasi rekaan yang bernama Auroa Islands. Pulau ini dimiliki oleh Jace Skell, CEO untuk syarikat Skell Technology, pakar dalam penciptaan autonomous drones dan artificial intelligence.

Seperti juga dalam Wildlands, korang akan bermain sebagai Nomad, yang menjalankan kerja-kerja di belakang pengetahuan musuh bagi menghapuskan dron-dron milik Skell. Korang boleh tonton trailernya di sini.

Ghost Recon: Breakpoint akan dilancarkan pada 4 Oktober 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!