Perbalahan antara Epic Games Store dan Steam berterusan.

Seperti dijangka, perjanjian antara Ubisoft dan Epic Games dilanjutkan untuk game yang baru sahaja diumumkan, Ghost Recon: Breakpoint.

PCGamesN telah mengesahkan dengan Ubisoft yang mana Ghost Recon: Breakpoint hanya akan dilancarkan di dua laman di platform PC, iaitu Uplay dan Epic Games Store, dan tidak akan keluarkannya di Steam — seperti mana yang Ubisoft telah lakukan terhadap dua game mereka sebelum ini.

Berbeza dengan The Division 2 dan Anno 1800, Breakpoint langsung tidak akan boleh di-pra-tempah di laman Steam.

Untuk pengetahuan korang, apa-apa game Ubisoft, yang dibeli di laman mana sekalipun, ia tetap perlu dimainkan melalui client Uplay milik Ubisoft sendiri.

Ghost Recon: Breakpoint akan dilancarkan pada 4 Oktober 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!