in ,

Ghost of Tsushima Umumkan “Legends” – Mode Co-Op Sehingga 4 Pemain

Tiada angin tiada ribut, Sucker Punch telah membuat kejutan apabila mengumumkan mode co-op yang akan ditambah ke dalam Ghost of Tsushima.

Digelar Ghost of Tsushima: Legends, ia merupakan mode co-op online multiplayer yang akan diberikan secara percuma kepada semua pemilik Ghost of Tsushima di PS4. Mode ini akan dilancarkan pada tahun ini, namun belum ada tarikh tepat didedahkan.

Legends merupakan pengalaman baharu dalam siri ini, yang mana ia tidak akan mengikuti perjalanan Jin Sakai atau rakan-rakannya dalam mode single-player, tapi memfokuskan kepada kisah-kisa legenda yang pernah diceritakan oleh masyarakat Pulau Tsushima. Kelainan utama yang membezakan mode co-op dengan single-player Ghost of Tsushima ialah single-player mementingkan nilai sejarah dan realistik dalam penceritaan, manakala mode co-op ini pula akan mengetengahkan sisi kisah dongeng dan mitologi tamadun Jepun.

Legends akan membenarkan pemain untuk squad-up bersama 2 hingga 4 pemain, sama ada bersama rakan yang dikenali atau matchmaking bersama pemain lain. Empat kelas akan tersedia untuk pemain pilih iaitu Samurai, Hunter, Ronin, atau Assassin — yang mana setiap kelas mempunyai keupayaan unik tersendiri.

Dengan 2 pemain, Legends akan menawarkan co-op yang mempuyai misi penceritaan, menggunakan gameplay kombat yang sama dari single-player, tapi dengan bermacam kelainan magikal baharu.

Dengan 4 pemain pula, Legends menawarkan misi Survival, iaitu mode seumpama gelombang (wave), bekerjasama untuk menewaskan musuh-musuh yang meningkat banyak, termasuklah musuh yang mempunyai kuasa luar biasa mistik.

Kemudian, beberapa waktu selepas Legends, mereka akan mengeluarkan pula mode Raid yang dimainkan bersama 4 pemain, membawa pemain ke cabaran yang lebih menggerunkan.

Mereka akan berkongsi info lanjut tentang Legends dalam masa terdekat ini seperti pengenalan kelas karakter, customization dan lain-lain.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pendekatan Microsoft Bukan Ingin Jual Konsol Lebih Banyak Daripada Sony, Nintendo, Kata Bos Xbox

Fall Guys: Korang Takkan Percaya Macam Mana Pemain Ini Menang Pusingan Final

Fall Guys: Korang Takkan Percaya Macam Mana Pemain Ini Menang Pusingan Final