in , ,

Ghost of Tsushima: Pemain Boleh Belai Kucing, Monyet, Rusa Dalam DLC Iki Island – Saksikan Trailer Baharu

Setelah mengumumkan kandungan tambahan (DLC) Iki Island dalam Ghost of Tsushima Director’s Cut awal bulan ini, Sucker Punch kini berkongsikan lebih lanjut tentang apakah yang bakal disajikan dalam DLC tersebut.

Iki Island akan membawakan kisah di mana Jin Sakai bertemu dengan satu puak Mongol di pulau tersebut. Diketuai oleh seorang pemimpin dan pawang bernama Ankhsar Khatun, juga dikenali sebagai ‘The Eagle” (Sang Helang), ancaman yang dibawanya merupakan sesuatu yang tidak pernah dialami oleh Jin dan bangsanya.

Maka, Jin berhajat untuk menghapuskan ancaman ini, dengan kembali ke pulau itu untuk menghadapi trauma yang pernah dirasainya.

Jom layan trailer yang memaparkan gambaran jalan cerita dalam Iki Island:

Selain itu, satu lagi kandungan comel yang ditambah dalam DLC ini adalah pemain akan dapat membelai lebih banyak haiwan. Kalau game asal Ghost of Tsushima hanya boleh membelai rubah, Iki Island akan mempunyai kucing, monyet dan rusa untuk dibelai.

Di PlayStation Store, Ghost of Tsushima Director’s Cut (termasuk DLC Iki Island) dijual pada harga RM299 untuk PS5, manakala berharga RM249 untuk PS4. Bagi mereka yang sudah memiliki Ghost of Tsushima yang asal, boleh naik taraf ke versi Director’s Cut yang berharga RM89.

Ghost of Tsushima Director’s Cut bakal dilancarkan untuk PS5 dan PS4 pada 20 Ogos ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Buang Jenama PES, Game Bola Sepak Konami Kini Hanya ‘eFootball’, Beralih Ke Model Percuma Di Semua Platform

The Witcher: Nightmare of the Wolf Paparkan Trailer Penuh, Barisan Pelakon Suara Didedahkan