in ,

Ghost of Tsushima Pecahkan Rekod PS4, Game IP Baru Paling Laris Dengan 2.4 Juta Unit

Selain memecahkan serangan-serangan Mongol, Jin Sakai turut memecahkan rekod baharu untuk PS4.

Ghost of Tsushima kini merupakan game penampilan pertama IP asli baharu paling laris semasa pelancaran dalam sejarah PS4. Dalam masa hanya tiga hari, game Samurai ini berjaya mencapai jualan sebanyak 2.4 juta unit.

Sony mengumumkan berita ini dalam satu tweet, sambil mengucapkan tahniah kepada Sucker Punch dan ucapan penghargaan kepada para peminat di seluruh dunia.

Rata-rata peminat dan pengkritik berpuas hati dengan game ini. Dalam review JomGaming, kami mengatakan Ghost of Tsushima merupakan sebuah game yang memfokuskan kepada pengalaman sinematik untuk setiap pemain nikmati.

Semangat untuk bangkit selepas diserang musuh, sinematografi yang cantik, skor muzik dan runut bunyi yang meremang, grafik yang memukau (walaupun hanya menggunakan PS4 biasa, belum lagi PS4 Pro), gameplay yang mendebarkan — semua elemen ini telah membuatkan ia satu game bersifat sinematik yang cukup mengasyikkan.

Ghost of Tsushima kini boleh dimainkan secara eksklusif di PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Semak Akaun Korang, Sony Sedang Beri Hadiah RM40 Ke Dalam Wallet PSN

Semak Akaun Korang, Sony Sedang Beri Hadiah RM40 Ke Dalam Wallet PSN

GTA Online Di PS5 Mungkin Akan Menyokong Sehingga 64 Pemain

GTA Online Di PS5 Mungkin Akan Menyokong Sehingga 64 Pemain