Seperti tahun-tahun sudah, The Game Awards akan mengadakan satu anugerah yang diundi 100% oleh peminat sebagai game pilihan mereka sebelum acara kemuncaknya.
Anugerah Player’s Voice atau Suara Peminat untuk tahun ini baru sahaja tamat undiannya dan pemenangnya jatuh kepada Ghost of Tsushima, sebuah game open-world berlatarbelakangkan zaman feudal Jepun yang dibangunkan oleh Sucker Punch.
Ghost of Tsushima telah berjaya mengalahkan The Last of Us Part II yang mengikuti rapat di tempat kedua, selain turut dicabar oleh Hades, Doom Eternal, dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales.
Tentunya ini hanyalah satu acara acara sampingan yang diadakan bagi memeriahkan suasana sebelum acara kemuncak The Game Awards yang bakal berlangsung pada 11 Disember 2020, 8 pagi (waktu Malaysia).
Semasa acara kemuncak itu nanti, kita akan disajikan dengan anugerah-anugerah yang berprestij, pengumuman game-game baharu serta dimeriahkan oleh nama-nama besar dari dalam mahupun luar industri gaming.
Comments
Loading…