in ,

Ghost of Tsushima: Legends Bawakan Kostum God of War, Horizon Zero Dawn, Shadow of the Colossus, Bloodborne

Sucker Punch akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2020 dan selamat datang kepada 2021 dengan kandungan yang akan menggembirakan para peminat game-game eksklusif PlayStation.

Mode online co-op, Ghost of Tsushima: Legends akan menampilkan kostum-kostum yang bertemakan dari empat karakter ikonik PlayStation — God of War, Horizon Zero Dawn, Shadow of the Colossus dan Bloodborne, yang boleh didapati dari sekarang hingga 15 Januari 2021.

Apa yang pemain perlu lakukan untuk dapatkan kostum-kostum ini ialah menyiapkan mana-mana Story atau Survival mission dari setiap Class untuk mendapatkan kesemua empat kostum ini.

Ghost of Tsushima boleh dimainkan di PS4 dan PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Esports Sah Dipertandingkan Sebagai Acara Pingat Dalam Sukan Asia 2022 Hangzhou, China

Video Trailer Lucu Ini Mengumpulkan Bermacam Glitch Yang Ada Dalam Cyberpunk 2077