in ,

Ghost of Tsushima: Legends Akan Dilancarkan Secara Berasingan Tanpa Story Pada September, Berharga RM89

Sejujurnya, tanpa mengikuti story campaign yang menampilkan Jin Sakai, mode co-op multiplayer dalam Ghost of Tsushima, digelar Legends, juga sebenarnya amat menarik.

Kalau dulu para pemain perlu membeli game penuh Ghost of Tsushima untuk mendapatkan akses kepada Legends, kini Sony telah mengumumkan Ghost of Tsushima: Legends bakal boleh dibeli secara berasingan tanpa story campaign.

Edisi tersebut akan dilancarkan pada 3 September, pada harga RM89.

Bersama-sama dengan pelancaran itu kelak, Legends akan menampilkan beberapa kandungan kemaskini baharu yang juga kedengaran menarik.

Satu mode baharu, berjudul Rivals, akan diperkenalkan. Mode ini akan membawa dua pasukan (satu pasukan memiliki 4 pemain) bertarung antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu pertarungan berhadapan atau bersemuka, sebaliknya pertempuran secara tidak langsung.

Kedua-dua pasukan ini melawan musuh AI/bot yang datang menyerang dalam bentuk bergelombang (wave). Setiap musuh AI/bot yang dihapuskan, kita akan mendapat mata terkumpul yang digelar Magatama. Magatama ini kemudian akan digunakan untuk melancarkan serangan atau mengacau pasukan (4 pemain sebenar) lawan itu tadi — seperti menghalang pihak lawan menggunakan Magatama mereka, menghantar sumpahan yang menurunkan nyawa, panahan berapi dan banyak lagi.

Apabila pasukan kita sudah membelanjakan Magatama yang mencukupi, kita akan berjaya memperoleh gelombang Final Stand. Inilah objektif utama untuk didapati sebelum pasukan lawan memperolehnya terlebih dulu.

Rivals ini juga menampilkan Trophy dan barangan kosmetik baharu.

Korang boleh baca nota penuh mengenai kemaskini baharu ini di pautan ini.

Ghost of Tsushima boleh dimainkan di PS4 dan PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Keperluan Spesifikasi Battlefield 2042 Untuk PC

NetEase Umumkan Project M, Game Mobile Shooter Yang Sangat Serupa Dengan Valorant