in ,

Ghost of Tsushima Kini Game PS4 Kedua Paling Banyak Dihabiskan, Di Belakang Marvel’s Spider-Man

Populariti Ghost of Tsushima bukan hanya cakap-cakap di media sosial, tetapi ia disokong oleh satu data yang agak menarik.

Ungeek telah melaporkan bahawa Ghost of Tsushima kini merupakan game PS4 kedua yang paling banyak dihabiskan oleh para pemain. Game open-world berlatarbelakangkan zaman feudal Jepun itu berada di belakang Marvel’s Spider-Man yang berada di kedudukan pertama.

Statistik yang dilihat adalah berapakah peratusan pemain yang berjaya memperoleh trofi ‘Mono No Aware’ dalam Ghost of Tsushima — iaitu setinggi 50.2%.

Bagi yang tidak tahu, trofi ‘Mono No Aware’ diperoleh apabila pemain berjaya menghabiskan jalan cerita utama dalam game tersebut. Dalam kata lain, daripada keseluruhan pemain Ghost of Tsushima (yang telah sync trofi ke profil masing-masing), lebih daripada separuh telah menghabiskan jalan cerita utamanya.

Ini sememangnya satu peratusan yang agak tinggi memandangkan kebanyakan gamer di luar sana sukar untuk menghabiskan jalan cerita utama dalam sesebuah game open-world. Kebiasaannya, pemain tidak (atau belum) menghabiskan jalan cerita utama game tersebut adalah disebabkan sama ada jalan ceritanya yang tidak menarik, terlalu panjang, atau terleka dengan side mission lain sebelum sempat menghabiskan jalan cerita utamanya.

Berikut ialah peratusan yang para pemain PS4 berjaya habiskan jalan cerita utamanya untuk beberapa game open-world yang popular, lapor Ungeek:

  • Marvel’s Spider-Man – 50.8%
  • Ghost of Tsushima – 50.2%
  • Assassin’s Creed Origins – 38.2%
  • Far Cry 5 – 36.7%
  • Days Gone – 34.7%
  • Horizon Zero Dawn – 34.1%
  • Assassin’s Creed Odyssey – 30%
  • The Witcher 3 – 29.8%
  • Death Stranding – 28.6%
  • Red Dead Redemption II – 28.2%
  • Watch Dogs 2 – 24.9%
  • Assassin’s Creed Valhalla – 19.8%

Mungkin salah satu faktor yang berjaya menarik para pemain menghabiskannya adalah disebabkan gameplay kombatnya yang cukup baik, yang mana Sucker Punch telah mengambil masa selama enam tahun untuk menyempurnakannya.

Daripada senarai game open-world yang disebutkan di atas, apakah game yang korang dah habiskan jalan cerita utamanya? Kongsikannya dengan kami di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pencipta TikTok, ByteDance Mengambil-Alih Pembangun Mobile Legends, Moonton

Memperkenalkan Police Sentri – Game ‘Kejar-Kejar’ Dari Pembangun Malaysia Untuk PC Dan Android