Menu
in ,

Ghost of Tsushima: Director’s Cut Tertiris Di Laman ESRB, Keluar Untuk PS4, PS5

Ghost of Tsushima: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Belum lagi disahkan sama ada ura-ura Ghost of Ikishima adalah sahih ataupun tidak, satu lagi game dari Sucker Punch telah tertiris.

Ghost of Tsushima: Director’s Cut telah tertiris di laman rating ESRB, walaupun tiada apa-apa pengumuman rasmi daripada Sony atau Sucker Punch buat masa ini.

Laman ESRB dengan jelas meletakkan ia sebagai sebuah game yang akan dilancarkan ke PS4 dan PS5. Namun, tiada apa-apa info signifikan didedahkan selain hanya menyatakan jenis rating (sesuai untuk kanak-kanak atau tidak) yang sama dengan game pertama Ghost of Tsushima.

Seperti tertera dengan jelas, konsep judulnya adalah sama dengan Death Stranding Director’s Cut yang diumumkan Kojima Productions semasa E3 2021 lalu — merupakan satu versi remastered kepada Death Stranding yang pertama kali dilancarkan pada 2019.

Maka, kita boleh jangkakan yang Ghost of Tsushima: Director’s Cut merupakan versi remastered untuk PS5 juga (tapi keluar untuk PS4 juga?).

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Sony, di mana acara State of Play dikhabarkan akan berlangsung pada 8 Julai ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version