Setelah tertiris mengenai Ghost of Tsushima Director’s Cut dan DLC Iki Island, Sony dan Sucker Punch akhirnya telah mengumumkannya secara rasmi.
Ghost of Tsushima Director’s Cut bakal dilancarkan untuk PS5 dan PS4 pada 20 Ogos ini, yang mana kandungan tambahan utamanya adalah DLC baharu di Pulau Iki.
Story Di Pulau Iki
Pulau Iki terletak di tengah-tengah Selat Tsushima, lebih kecil dan berada di tenggara dari Pulau Tsushima — merupakan salah satu pulau yang dijarah oleh tentera Monggol pada akhir kurun ke-13. Masih protagonis yang sama, Jin Sakai akan cuba menyiasat terhadap ura-ura kehadiran Monggol di pulau tersebut. Namun, beliau terperangkap dalam beberapa kejadian, memberi kesan secara peribadi yang berkait dengan peristiwa trauma pada masa lalu.
Sucker Punch berjanji untuk berkongsi lebih lanjut tentang expansion ini dalam masa terdekat. Mereka telah memastikan yang selain kisah penceritaan dan karakter-karakter baharu, expansion ini akan turut menyajikan kandungan baharu lain termasuk persekitaraan baharu untuk diterokai, armor baharu untuk Jin dan kudanya, mini game, Technique, jenis musuh baharu dan banyak lagi.
Tentunya, expansion Iki Island ini akan menampilkan Trophy baharu di kedua-dua platform PS5 dan PS4.
Ciri Eksklusif Untuk PS5

Edisi Director’s Cut akan dilancarkan di kedua-dua generasi PlayStation, namun PS5 akan membawakan beberapa fungsi eksklusif.
Antaranya adalah kehadiran haptic feedback dan adaptive triggers (DualSense), audio 3D, mempercepat waktu loading, opsyen resolusi 4K, serta menyasarkan framerate 60FPS untuk semua mode — Ghost of Tsushima, Legends (co-op), Iki Island — untuk PS5.
Selain itu, selepas menerima kritikan terhadap pergerakan bibir (lip sync) yang tidak tepat semasa bercakap bahasa Jepun, mereka telah menambahbaiknya untuk PS5. Mengapa hanya PS5 adalah disebabkan keupayaan PS5 untuk render babak sinematik dalam masa nyata (real time).
Progress Dibawa
Jangan risau kepada mereka yang sudah bermain Ghost of Tsushima sebelum ini. Semua progress yang pernah dicapai di PS4 akan dibawa ke save progross PS5.
Untuk pemain baharu, kandungan Iki Island hanya akan boleh dimain selepas pemain melepasi Act 2 dalam story utama.
Pemain Sedia Ada
Sucker Punch tidak melupakan pemain sedia ada. Game asal Ghost of Tsushima akan turut mendapat kemaskini baharu, membawakan beberapa penambahbaikan seperti susunan butang controller baharu, opsyen untuk menghidupkan lock-on sasaran semasa kombat serta menyembunyikan bekas anak panah (quiver) semasa gameplay.
Malah mode co-op Legends juga akan mendapat kandungan-kandungan baharu, dan mereka akan berkongsikannya dalam minggu-minggu mendatang.
Harga

Buat masa ini PlayStation Asia masih belum mengumumkan harga pasaran Malaysia untuk Ghost of Tsushima Director’s Cut. Namun, untuk pasaran Amerika Syarikat, ia berharga USD70 untuk PS5 dan USD60 untuk PS4.
Bagi yang sudah memiliki game asal Ghost of Tsushima di PS4, pemain boleh naik taraf dengan beberapa harga berbeza, ianya seperti berikut (yang sebenarnya sedikit mengelirukan):
- Game asal Ghost of Tsushima (PS4) -> Director’s Cut (PS4) = USD20
- Director’s Cut (PS4) -> Director’s Cut (PS5) = USD10
- Game asal Ghost of Tsushima (PS4) -> Director’s Cut (PS5) = USD30
Teruskan bersama JomGaming kerana kami akan melaporkan harga-harga ini untuk pasaran Malaysia apabila PlayStation Asia mengumumkannya kelak.
Comments
Loading…