in , ,

Ghost of Tsushima: 10 Perkara Yang Kita Tahu Daripada 18 Minit Gameplay Terbaru – Eksplorasi Guna Angin, Pertarungan

Seperti dijadualkan, Sony Interactive Entertainment dan Sucker Punch telah memperlihatkan sebuah video gameplay terbaharu untuk Ghost of Tsushima yang berdurasi selama 18 minit.

Banyak butiran baharu yang telah dikongsikan melalui video penerangan ini, terutamanya yang melibatkan gameplay dan ekplorasi dalam open-world-nya. Dan semestinya ia telah memaparkan grafik yang cukup memukau.

Di bawah ialah butiran baharu yang dapat kita pelajari daripada video ini.

1. Mengembara Menggunakan Angin

Ghost of Tsushima bakal memperkenalkan sesuatu yang berbeza dan unik untuk sebuah genre open-world. Kebiasaannya, boleh dikatakan semua game open-world akan mempunyai sama ada minimap atau kompas yang ada di skrin semasa bermain — kemudian daripada itu, terdapat waypoint atau ikon yang akan membantu pemain untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang ingin dituju.

Namun, semua ini tiada dalam Ghost of Tsushima. Kita boleh pause dan buka map besar, dan tandakan destinasi yang diingini. Kemudian, pemain akan dibimbing oleh arah angin, yang mana angin di sekeliling akan bertiup ke arah destinasi yang ditandakan tadi. Maka kita perlu melihat angin itu bertiup dari arah mana ke mana, dan kita perlu mengikutinya

Satu mekanisme baharu yang mereka gelar sebagai Guiding Wind.

Sucker Punch menyatakan pemain seolah-olah akan dibimbing oleh angin dari Pulau Tsushima itu sendiri untuk mengemara, dan ia bakal memberikan suasana sinematik yang amat menarik serta skrin yang bersih kerana ketiadaan minimap dan kompas.

2. Dibimbing Oleh Haiwan

Apabila tiada waypoint dan ikon, bagaimana ingin melakukan eksplorasi dalam open-world yang luas?

Pemain akan turut dibantu oleh satu lagi unsur alam, iaitu kita akan bertemu dengan bermacam haiwan seperti burung dan musang. Apabila ada lokasi-lokasi tersembunyi berdekatan yang boleh dieksplorasi, haiwan ini akan muncul bersebelahan pemain dan sekiranya pemain mengikuti haiwan ini, ia akan membimbing ke arah lokasi tersebut.

Video ini juga memperlihatkan pemain boleh membelai dan bermesra dengan musang. Mungkin haiwan-haiwan lain juga boleh?

3. Eksplorasi

Tarikh Pelancaran Ghost of Tsushima Diumumkan, Saksikan Trailer Dan Screenshot Terbaru

Sucker Punch kemudian memperlihatkan pula eksplorasi yang pemain boleh lakukan dalam Ghost of Tsushima. Tiada sebarang kelainan untuk gameplay ini yang mana pemain boleh memetik bunga-bunga sebagai item, mencari loot di dalam rumah-rumah — seperti kelaziman game-game open-world.

4. Pertarungan Yang Mendalam

Kita seterusnya disajikan dengan gameplay pertarungan yang dinanti-nantikan.

Dalam paparan ini, kita dapat melihat Jin Sakai sudah mula memakai baju besi Samurai untuk bertempur. Mekanisme pertama yang diperlihatkan ialah gerakan slow-mo untuk menebas musuh. Secara keseluruhan, kita boleh katakan memiliki gameplay kombat yang berpontensi besar.

Antara mekanisme yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana pemain boleh menepis anak panah yang dilepaskan kepada Jin Sakai dengan menggunakan pedang. Ia mengingatkan kepada lightsaber yang boleh menepis blaster dalam Star Wars Jedi: Fallen Order, tetapi tidaklah sampai anak panah itu boleh kembali kepada musuh yang melepaskannya.

5. Menggegar Mongol 

Video kemudian memaparkan gameplay Jin Sakai, yang kini bertukar menjadi Ghost, untuk menggempur sebuah markas Mongol, yang mana pada ketika itu tanah Jepun sedang dijarah oleh Empayar Mongol.

Misi ini digelar Destroy Shipyard, iaitu satu misi untuk melemahkan kekuatan Mongol dengan menumpaskan askar-askarnya serta membakar kapal-kapal musuh. Kita dapat melihat bagaimana Jin menggunakan ketakutan sebagai senjata untuk meruntuhkan semangat Mongol.

6. Umpama Assassin’s Creed

Game seumpama ini, tidak sah sekiranya tiada membawakan mekanisme stealth untuk menewaskan musuh-musuh secara senyap.

Kita dapat lihat Jin menggunakan batu atau mercun untuk menarik perhatian musuh ke arah lain, dan seterusnya menikam mereka dari belakang atau melompat ke arah mereka dari lokasi yang lebih tinggi — seumpama gerakan-gerakan dalam francais Assassin’s Creed.

7. Customization

Sucker Punch turut memperlihatkan beberapa customization yang ada dalam game ini. Secara asasnya, Jin akan memainkan watak Samurai dan alter egonya pula ialah Ghost. Maka, pemain boleh mengubahsuai penampilan Jin berdasarkan sebagai seorang Samurai atau Ghost.

Kemudian ada juga customization untuk mempertingkatkan tahap kekuatan Jin seperti Gear, Charm, Techniques dan banyak lagi.

8. Photo Mode

Game-game moden pada masakini seharusnya wajib untuk memiliki Photo Mode. Dan itulah yang dibawakan oleh Sucker Punch untuk Ghost of Tsushima.

Keupayaan dan beberapa fungsi Photo Mode telah diperlihatkan, dan yang paling menarik ialah ia akan mempunyai settings untuk bermain-main dengan cuaca, arah angin dan waktu, serta meletakkan lagu-lagu untuk dimainkan semasa menggunakan Photo Mode.

Pemain boleh gunakan lagu-lagu ini untuk membikin video, terus dari Photo Mode itu sendiri.

9. Bahasa Jepun

Tarikh Pelancaran Ghost of Tsushima Diumumkan, Saksikan Trailer Dan Screenshot Terbaru

Sucker Punch mencadangkan, untuk mendapatkan pengalaman terbaik ketika bermain game ini, pemain digalakkan untuk menggunakan audio berbahasa Jepun dan boleh menghidupkan sarikata bahasa Inggeris.

Iyalah, sebuah game berlatarbelakangkan Jepun, lebih berharga apabila dinikmati dalam bahasa ibundanya.

10. Samurai Cinema

Sucker Punch mengakhiri video ini dengan satu pengumuman yang agak mengejutkan. Ghost of Tsushima akan mempunyai satu mode visual yang digelar Samurai Cinema.

Mode ini menukarkan visual game kepada warna hitam putih seolah-olah sedang menonton filem-filem klasik Jepun. Semestinya satu pengalaman gaming luar biasa — bermain game Samurai dalam warna hitam putih.

Ghost of Tsushima: 10 Butiran Yang Kita Tahu Daripada 18 Minit Gameplay Terbaru - Kembara Guna Angin, Pertarungan

Okay dah tengok video terbaharu ini? Gameplay mana yang korang paling teruja?

Ghost of Tsushima akan dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada 17 Julai.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
No Straight Roads Turut Dilancarkan Serentak Ke 4 Platform, Local Co-Op Diumumkan - Saksikan Trailer Terbaru

No Straight Roads Turut Dilancarkan Serentak Ke 4 Platform, Local Co-Op Diumumkan – Saksikan Trailer Terbaru

Game LEGO Ninjago Kini Percuma Untuk Semua Di PC, PS4, Xbox One

Game LEGO Ninjago Kini Percuma Untuk Semua Di PC, PS4, Xbox One