Capcom dan CD Projekt Red telah mengumumkan satu kolaborasi yang pasti akan menggembirakan para peminat dari dua francais popular masing-masing.

Geralt of Rivia dari siri The Witcher bakal dibawa masuk ke dalam game Monster Hunter: World. Crossover dalam Monster Hunter: World ini bukan seperti kandungan yang ada sebelum ini, tetapi ia lebih daripada biasa. Kandungan yang akan dibawakan bukan sahaja sebagai kostum, malah Geralt boleh dimainkan sebagai karakter, dan akan terdapat quest-quest yang diinspirasikan daripada dunia The Witcher.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan, mereka mengatakan yang penampilan khas Geralt dalam MHW akan menyajikan pengalaman gameplay unik yang menggabungkan mekanisme RPG dari The Witcher 3: Wild Hunt dengan sistem game MHW. Para pemain boleh menggunakan stail pertarungan ikonik Geralt, gabungan permainan pedang, combat magic dan pelbagai peralatan memburu raksasa.

Tiada tarikh tepat lagi diumumkan untuk pelancaran crossover ini, namun mereka mengatakan yang kandungan ini bakal tiba dalam MHW untuk PS4 dan Xbox One pada “awal tahun 2019”. Untuk versi PC pula, ia akan didedahkan kemudian.

JomKomen!