Genshin Impact mengumumkan bahawa mereka berkolaborasi dengan Guerrilla Games untuk membawa masuk Horizon Zero Dawn.
Pengumuman itu dibuat di akaun Twitter rasmi Genshin Impact. Mereka mendedahkan karakter 5 bintang iaitu Aloy yang menggunakan senjata busur dan menggunakan elemen Cryo.

Menariknya, pemain boleh dapatkan karakter Aloy secara percuma secara terus dari in-game mail. Pemain PS4 dan PS5 akan terlebih dahulu boleh menebusnya pada kemaskini 2.1 nanti yang akan hadir pada 13 Oktober. Bagi pemain PC, iOS dan Android pula, mereka perlu menunggu selama 6 minggu untuk mendapatkannya semasa kemaskini 2.2 yang bermula pada 24 November nanti.

Di samping itu pula, Genshin Impact juga mendedahkan tiga karakter terbaru dari Inazuma iaitu Sangonomiya Kokomi, Raiden Shogun dan Kujou Sara yang akan hadir dalam kemaskini seterusnya.
Comments
Loading…