in , , , , ,

Genshin Impact: Trailer Teaser Aloy, Genshin Concert 2021: Melodies Of An Endless Journey Dijadualkan Pada 3 Oktober

miHoYo telah mengeluarkan trailer teaser karakter crossover Genshin iaitu Aloy dari Horizon Zero Dawn serentak bersama dengan pengumuman Genshin Concert 2021: Melodies of an Endless Journey yang dijadualkan pada 3 Oktober.

Konsert itu akan menampilkan lagu-lagu Genshin Impact yang dihasilkan oleh Yu-Peng Chen dan HOYO-MiX. Konduktor terkemuka dari Belgium Maestro Dirk Brosse dan The Flanders Symphony Ochestra akan mempersembahkan kesemua lagu asal Genshin Impact.

Sementara pemuzik-pemuzik berbakat dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan negara-negara lain akan turut serta memainkan lagu mengikut interpretasi gabungan pelbagai genre kepada peminat di seluruh dunia. Konsert itu dijangkakan berdurasi 90 minit dan boleh ditonton secara online.

Sementara itu, Mihoyo juga mengeluarkan teaser trailer Aloy sebagai karakter crossover Genshin Impact dan Horizon Zero Dawn.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Horizon Forbidden West Akan Dilancarkan Pada Februari 2022, Pra-Tempah Bermula Minggu Hadapan

Sifu Umumkan Tarikh Pelancaran Dalam Trailer Terbaru, 2 Edisi Diumumkan Untuk Pra-Tempah