Menurut Sensor Tower, pemain telah membelanjakan Genshin Impact versi mobile dari Mihoyo sebanyak $1 billion (sekitar RM4.1 billion) dalam tempoh kurang daripada enam bulan sejak ia dilancarkan pada 28 September 2020.

Game itu telah berjaya meraih pendapatan sebanyak $874 juta (sekitar RM3.61 billion) dalam tempoh lima bulan pertama dari App Store dan Google Play. Para pemain telah membelanjakan sebanyak $160 juta (sekitar RM662 juta) setiap bulan sejak Disember.
Pada bulan Mac, ia meraih sebanyak lebih daripada $148 juta (sekitar RM612 juta). Tetapi, bulan Oktober ia telah mencapai rekod terbaik dengan pendapatan sebanyak $233.7 juta (RM967 juta) di versi mobile sahaja.
Dalam tempoh 30 hari lalu, Genshin Impact berada di tangga ketiga sebagai game yang meraih pendapatan terbanyak gabungan di App Store dan Google Play, meninggalkan PUBG Mobile dan Honor of Kings oleh Tencent.

Walau bagaimanapun, di luar China, Mihoyo berada di tangga pertama sebagai game mobile terhangat, meraih sebanyak lebih dari $129 juta (sekitar RM533 juta) di peringkat antarabangsa selama 30 hari yang lepas. Ini juga menjadikan Genshin Impact sebagai game RPG nombor satu di dalam dan di luar China.
Genshin Impact juga merupakan game yang dapat meraih $1 billion (sekitar RM4.1 billion) di App Store dan Google Play dalam tempoh kurang dari enam bulan. Lebih cepat dari Pokemon GO dan Lineage M yang mengambil masa selama 10 bulan.

Setiap bulan, Genshin Impact akan memperkenalkan karakter-karakter lima bintang baharu menerusi banner bagi membolehkan pemain membelanjakan wang untuk mendapatkannya. Pengenalan kepada karakter Hu Tao menunjukkan peningkatan perbelanjaan hampir $13 juta (sekitar RM53 juta) dalam sehari pada 2 Mac. Xiao pula telah meraih sebanyak lebih dari $15 juta (sekitar RM62 juta) pada 3 Februari.
Pendek kata, Genshin Impact meraih pendapatan sebanyak $5.8 juta (sekitar RM24 juta) setiap hari sejak ia dilancarkan.

Bagi negara-negara yang membelanjakan wang paling banyak, China berada di tangga pertama untuk versi mobile dengan $302 juta (sekitar RM1.24 billion) hanya dari pengguna iOS. Jepun berada di tangga kedua dengan $278.3 juta (sekitar RM1.15 billion). Sementara Amerika Syarikat di tangga ketiga dengan $189 juta (sekitar RM781 juta).
Tidak banyak game mobile seperti Genshin Impact yang mampu meraih pendapatan sebanyak itu dalam jangka masa pendek. Ia berjaya memotong PUBG Mobile yang memerlukan tempoh lebih daripada 16 bulan untuk meraih sebanyak $1 billion. Sementara game Honor of Kings pula memerlukan masa selama 18 bulan untuk mencapai angka tersebut.
Comments
Loading…