in , , , , ,

Genshin Impact Meraih RM1.6b Dalam Masa 2 Bulan Di Platform Mobile

Pembangun Mihoyo sememangnya meraih keuntungan yang lumayan daripada game Genshin Impact, walaupun baru dilancarkan pada bulan September lalu.

Menurut Sensor Tower (via VentureBeat), Genshin Impact meraih sebanyak $393 juta (sekitar RM1.6 billion) pada dua bulan pertama untuk mobile sahaja selepas ia dilancarkan pada 28 September.

Genshin Impact merupakan game free-to-play open-world yang boleh didapati untuk iOS dan Android, serta boleh didapati untuk platform Playstation 4, Playstation 5, dan PC.

Selama beberapa minggu, Genshin Impact telah menarik perhatian ramai gamer dan pihak-pihak media dengan gameplay yang diinspirasikan dari Zelda: Breath of the Wild.

Bersama-sama dengan Among Us dan Fall Guys, Genshin Impact membuktikan bahawa video game yang mempunyai elemen sosial sangat penting kepada mereka yang tinggal di rumah semasa pandemik COVID-19. Malah, Google Play juga menobatkan Genshin Impact sebagai Game of the Year 2020.

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Sensor Tower juga mengatakan Genshin Impact berada di tangga kedua dalam meraih keuntungan dalam mobile game. Tempat pertama dimiliki oleh Honor of Kings oleh Tencent. Sensor Tower juga menganggarkan Genshin Impact meraih lebih daripada $6 juta (sekitar RM24 juta) sejak hari pertama dilancarkan.

Genshin Impact berada di tangga pertama dalam pasaran video game di China dengan pemain membelanjakan sebanyak $120 juta (sekitar RM488 juta) (30.5%). Manakala, Jepun berada di tangga kedua dengan sebanyak $98 juta (sekitar RM399 juta) (25%). Amerika Syarikat di tangga ketiga dengan $74 juta (sekitar RM301 juta) (18.8%) dan tempat keempat ialah Korea Selatan.

Bagi rantau Eropah pula, ia tidak menunjukkan perbelanjaan yang memberangsangkan. Jerman merupakan pasaran dengan perbelanjaan terbesar di Eropah, yang meliputi 2.4%.

Pengguna iOS merupakan pembeli terbanyak untuk Genshin Impact dengan anggaran sebanyak $226 juta (sekitar RM920 juta) (57.5%).

Harus diingat, semua anggaran perbelanjaan yang diperoleh Genshin Impact seperti dinyatakan di atas hanyalah dari platform mobile sahaja. Menarik untuk diketahui, sekiranya ada analisis, berapakah perbelanjaan yang berjaya dikumpulkan game ini di platform PlayStation, dan PC.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Crash Bandicoot Balas Easter Egg Uncharted 4 Dalam Video Baru Yang Comel

Kratos Dari God of War Pula Akan Dibawa Masuk Ke Fortnite