in , , , , , ,

Genshin Impact – Kemaskini Versi 1.4 Akan Hadir Pada 17 Mac Dengan Sambutan Festival Windblume

Setelah tamat festival Lantern Rite di Liyue Harbor, kini Mondstadt pula membawakan kepada pemain festival tahunan mereka yang dikenali sebagai Windblume Festival yang akan hadir pada 17 Mac ini.

Pemain yang berada di Adventure Rank 20 dan ke atas yang telah menyelesaikan Archon Quest iaitu “Song of the Dragon and Freedom” boleh menyertai sambutan Windblume Festival. Semasa sambutan ini berlangsung, pemain disajikan dengan pelbagai mini games yang mempunyai pelbagai jenis ganjaran.

Pertama sekali, pemain boleh meluangkan masa bersama-sama dengan karakter kesukaan pemain seperti Barbara, Noelle, Bennett dan Chongyun. Pemain boleh berinteraksi dengan mereka dan memilih dialog-dialog yang boleh membawa kepada penamatan yang berbeza bergantung kepada pilihan dialog pemain.

Penamatan yang berbeza pada pengakhiran interaksi dari setiap karakter boleh memberikan pemain Hangout Memory illustration sebagai ganjaran.

Kedua, pelbagai jenis mini games disajikan kepada pemain dalam sambutan ini. Mini games ini pula menyokong mode single player dan mode co-op. Mini games seperti Bullseye Balloons, Floral Freefall dan Ballads of Breeze mempunyai 4 jenis tahap difficulty berbeza. Ke semua mini games ini akan menguji skil memanah, gliding dan rentak muzik pemain.

Dengan menyelesaikan mini games ini, pemain akan menerima ganjaran Festive Four Tickets yang mana boleh ditukar dalam Event Shop untuk mendapatkan ganjaran seperti Talent Level-Up Materials dan juga dua gajet eksklusif iaitu Windblume Festival Commemorative Balloons dan Windsong Lyre.

Ketiga, jika pemain mahukan cabaran yang lebih sukar, Peculiar Wonderland adalah jawapannya. Ia adalah domain khas yang menyediakan cabaran berperingkat yang akan menguji skil kepantasan dan ketahanan pemain.

Terdapat tiga cabaran secara rawak yang akan dihadapi oleh pemain. Bergantung kepada prestasi pemain dalam cabaran ini, pemain akan menerima buff untuk digunakan dalam pertarungan final boss. Dengan menyelesaikan Peculiar Wonderland, pemain akan menerima Peculiar Collab Coupons yang mana boleh ditukarkan untuk mendapatkan Weapon Ascension Materials dan senjata 4 star baharu iaitu Windblume Ode.

Terakhir, bagi mereka yang dahagakan story mode, pemain boleh menyambung pengembaraan Traveler dalam misinya mencari Abyss Order bersama dengan Dainsleif the “Bough Keeper”. Pemain akan masuk ke dalam domain baharu dan berhadapan dengan musuh baharu iaitu Abyss Herald. Juga, pemain akan membongkar rahsia disebalik Ruin Guard pertama di Teyvat di Stormterror’s Lair.

Dalam versi 1.4, Rosaria “Thorny Benevolence” diperkenalkan sebagai karakter 4 star yang menggunakan senjata polearm dan menggunakan vision Cryo. Skill elemental dia membenarkan Rosaria teleport di belakang musuh dengan segera dan dalam masa yang sama mencantas musuh dengan serangan Cryo. Elemental burst Rosaria pula membolehkan dia melakukan serangan Cryo besar dan mengaktifkan Ice Lance yang mampu memberikan serangan Cryo secara berterusan kepada musuh yang berada dekat dengannya.

Condensed resin yang sebelum ini boleh di-craft sebanyak tiga, kini dinaikkan kepada lima. Pemain juga akan dibenarkan untuk menurunkan World Level mereka.

Sumber: Playstation.Blog

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Aliens: Fireteam: Game Shooter Co-Op Baru Lawan Makhluk Asing, Inspirasi Daripada Francais Aliens

Sony Malaysia Buka Pra-Tempah PS5 Lagi, Kali Ini Boleh Secara Online Dan Walk-In