Genshin Impact, sebuah game open-world RPG dengan elemen gacha akan hadir ke Epic Games Store pada 9 Jun.
Genshin Impact yang dikeluarkan untuk versi platform Epic Games Store itu akan dilancarkan pada 9 Jun serentak bersama dengan kemaskini versi 1.6. Kemaskini terbaharu itu akan menampilkan karakter baharu seperti Kazuha, misi Archon baharu, event baharu dan beberapa penambahbaikan kepada permainan.

“Semasa menghasilkan Genshin Impact, salah satu fokus utama kami adalah untuk menjadikan game ini boleh dimainkan di pelbagai jenis platform. Jadi para pemain dapat bermain secara sendirian atau bersama kawan-kawan tidak kira di mana platform mereka berada,” kata Presiden Mihoyo Forrest Liu. “Epic Games Store ialah pakar dalam PC gaming dan kami sangat berbesar hati untuk berkerjasama dengan pihak mereka untuk membawakan Genshin Impact kepada komuniti gaming yang lebih global dan luas.”
Genshin Impact sudah boleh ditambah ke dalam Wishlist di Epic Games Store, akan menyokong crossplay dengan PlayStation, Android, iOS dan versi launcher asal di laman web MiHoYo untuk PC. Pemain juga boleh menebus ganjaran in-game bonus dengan menggunakan kod “GenshinEpic” bermula 9 Jun.
Comments
Loading…