Menu
in , , , , , ,

Genshin Impact Akan Dilancarkan Ke PS5, Switch, Tapi Tiada Perancangan Untuk Xbox

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Genshin Impact pada ketika ini merupakan antara game yang paling hangat kerana ia merupakan sebuah game RPG open-world yang percuma. Kini, ia hanya boleh dimainkan di PC, PS4 dan mobile.

Dengan pelancaran konsol generasi akan datang kira-kira sebulan sahaja lagi, ramai yang bertanyakan sama ada Genshin Impact akan dilancarkan ke platform tersebut ataupun tidak. Semasa bercakap kepada Twinfinite, pembangun miHoYo ada berikan jawapannya.

Mereka mendedahkan bahawa Genshin Impact akan dilancarkan ke PS5, namun masih belum ada perancangan untuk melancarkannya ke mana-mana platform Xbox.

“Kami ada perancangan untuk konsol generasi seterusnya, dan kami akan mengumumkannya dalam masa perancangan ini dibentuk,” kata wakil dari miHoYo. “Kami pada waktu ini tiada perancangan untuk melancarkannya ke Xbox.”

Sebelum ini, Genshin Impact juga telah diumumkan yang ia bakal dikeluarkan juga untuk Nintendo Switch namun masih belum ada tarikh pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version